Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi

August 18, 2026 · Politik

DAP mahu kerajaan menggubal undang-undang khas bagi memastikan peruntukan pembangunan kawasan diberikan secara adil kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau kecenderungan politik.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata undang-undang itu penting bagi mengelakkan pemberian peruntukan dipengaruhi budi bicara politik, selain menjamin hak pengundi di setiap kawasan Parlimen.

Katanya, perkara itu selaras dengan komitmen dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan semua Ahli Parlimen menerima peruntukan pembangunan secara saksama.

“DAP kekal komited terhadap janji pilihan raya PH untuk memastikan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama kepada semua Ahli Parlimen.

“Kami telah menyampaikan perkara ini kepada Perdana Menteri berulang kali dan berharap beliau mengambil langkah yang diperlukan untuk melaksanakannya secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata, pengundi tidak sepatutnya menerima layanan berbeza hanya kerana pilihan politik mereka.

“Pengundi di mana-mana kawasan Parlimen tidak sepatutnya didiskriminasi hanya disebabkan oleh pilihan atau pegangan politik mereka,” katanya.

Isu itu kembali menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen untuk disalurkan terus kepada rakyat.

Pengumuman itu dibuat ketika sesi penggulungan Kongres PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), dengan Anwar turut menegaskan bantuan kerajaan tidak akan didiskriminasikan berdasarkan kecenderungan politik sesuatu kawasan.

Gobind menyambut baik pengumuman itu, namun berkata tambahan peruntukan berkenaan belum menyelesaikan isu utama mengenai keperluan memastikan peruntukan diberikan secara adil dan konsisten kepada semua Ahli Parlimen.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi memastikan peruntukan sama rata diberikan kepada semua kawasan Parlimen sebelum mewujudkan undang-undang khusus untuk menjadikannya satu jaminan kekal.

“Seterusnya, menggubal undang-undang yang menjamin peruntukan kawasan yang saksama secara kekal bagi setiap Ahli Parlimen di Malaysia,” katanya.

Cadangan itu bertujuan memastikan pemberian peruntukan pembangunan tidak lagi bergantung kepada pertimbangan politik kerajaan semasa, sebaliknya berasaskan mekanisme yang jelas, telus dan terjamin.

Berita berkaitan
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
September 12, 2026· Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
September 10, 2026· Politik
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026· Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
September 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
4 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
4 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok