GSF: Pemuda UMNO Pahang bidas DAPSY yang kecam Akmal kerana lantang

October 4, 2025 · Politik

Pemuda UMNO Pahang menempelak kenyataan DAPSY Kebangsaan yang melabel Dr. Muhammad Akmal Saleh ‘samseng’ sebagai suatu kenyataan yang dangkal dan mendedahkan sikap sebenar parti itu yang gemar memaki hamun tanpa hujah kukuh.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata Dr. Akmal bersuara lantang dalam isu penyelamatan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) semata-mata berlandaskan prinsip kemanusiaan yang tulus.

“Kalau lantang membela demi kebebasan dan kemanusiaan pun dianggap samseng, lebih baik semua pemuda jadi tunggul kayu.

“Pemimpin muda mesti berani, bukan lembik macam DAPSY,” tegas Mohd Kamil dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya disalahertikan sebagai isyarat untuk semua pihak membisu.

“Akmal tidak pernah menolak usaha kerajaan, tetapi beliau menegaskan agar suara rakyat jangan dibisukan.

“DAPSY cuba monopoli sokongan terhadap PMX demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya lagi.

Mohd Kamil turut menyifatkan saranan DAPSY agar Dr. Akmal yang dipercayai sedang berada di Amerika Syarikat untuk ‘menyerang White House’ sebagai hujah yang paling tidak matang.

“Saranan ini dianggap sebagai hujah paling bodoh kerana seolah-olah tidak tahu bezakan diplomasi antarabangsa dan pergaduhan di tepi jalan. Kenyataan sebegini hanya menyerlahkan kebodohan politik DAPSY,” sindirnya beliau.

Beliau menegaskan bahawa perjuangan membela nasib rakyat Palestin tidak sepatutnya dieksploitasi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik yang murahan.

“Cara DAPSY menyerang Akmal Saleh membabi buta tak ubah seperti zionis laknatullah,” tambahnya lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan DAPSY semalam yang mendakwa Dr. Akmal sebagai ‘samseng politik’ dan tidak membantu usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Berita berkaitan
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
June 24, 2026· Politik
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
June 24, 2026· Politik
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
June 13, 2026· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
June 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
17 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
17 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
20 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
20 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok