Guan Eng persoal keputusan rahsiakan rekod saham Azam Baki

July 8, 2026 · Politik

Lim Guan Eng menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mendedahkan rekod pegangan saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, kepada umum.

Penasihat DAP itu turut mahu kerajaan menjelaskan sama ada sebarang tindakan telah diambil terhadap Azam susulan isu tersebut, termasuk asas tindakan berkenaan jika ia wujud.

Guan Eng menyifatkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said di Parlimen yang menyatakan rekod berkenaan bukan dokumen awam sebagai mengecewakan.

“Pendirian ini bertentangan dengan prinsip asas ketelusan, akauntabiliti awam dan tanggungjawab, selain menimbulkan persoalan terhadap komitmen kerajaan untuk membanteras rasuah dalam apa jua bentuk tanpa mengira siapa atau dari mana ia berasal,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Isu pegangan saham Azam kembali menjadi perhatian selepas timbul persoalan mengenai urus niaga pembelian saham yang dikaitkan dengannya bagi tempoh 2012 hingga 2026.

Guan Eng berkata, nilai pegangan saham yang didakwa melebihi RM100,000 itu perlu dijelaskan secara terbuka kerana ia melibatkan seorang pegawai tertinggi badan pencegahan rasuah negara.

Beliau merujuk Pekeliling Kerajaan 2024 yang menetapkan penjawat awam tidak boleh memiliki pegangan saham melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau bernilai lebih RM100,000, mengikut mana-mana yang lebih rendah, dalam syarikat diperbadankan di Malaysia.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya merahsiakan dapatan siasatan pasukan petugas khas yang pernah dibentuk untuk meneliti isu pemilikan saham dan perisytiharan harta Azam.

“Tiada alasan munasabah untuk merahsiakan maklumat berkenaan atau enggan mendedahkan rekod pegangan saham itu kerana perkara terbabit jelas melibatkan kepentingan awam berkaitan integriti dan kejujuran pegawai tertinggi pencegahan rasuah negara,” katanya.

Azalina sebelum ini dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan perincian transaksi pembelian saham dan tempoh pegangan saham Azam tidak boleh didedahkan kerana dilindungi oleh peruntukan undang-undang.

Menurut beliau, maklumat itu merupakan sebahagian daripada dokumen siasatan, maklumat peribadi dan dokumen perisytiharan harta yang tidak diklasifikasikan sebagai dokumen awam.

Bagaimanapun, Azalina menjelaskan isu pemilikan serta perisytiharan harta, termasuk pegangan saham Azam, telah diteliti oleh Jawatankuasa Khas Siasatan dan hasil siasatannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Guan Eng menegaskan kerajaan perlu mengambil pendirian lebih terbuka bagi mengelakkan persepsi wujud layanan berbeza dalam isu integriti, terutama apabila ia membabitkan tokoh yang pernah menerajui SPRM.

Beliau berkata, pendedahan rekod dan penjelasan tindakan yang diambil penting untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi pencegahan rasuah serta komitmen kerajaan terhadap agenda reformasi.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
7 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
7 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
7 jam lalu· Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
6 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
13 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
15 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
15 jam lalu · Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok