MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor

5 jam lalu · Politik

Bersatu mencabar UMNO membuktikan kesungguhannya menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dengan mengarahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik sokongan terhadap Kerajaan Selangor.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Afif Bahardin berkata pendirian itu perlu dijelaskan sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos.

“Kalau betul MN sudah bermula di Selangor seperti dikatakan Noh Omar, langkah penting yang perlu dibuat UMNO ialah mengarahkan dua ADUN BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

“Kalau betul ‘anak jantan’, umumkan penarikan sokongan dan datang duduk bersama pembangkang,” katanya lapor FMT.

Afif berkata ADUN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dan ADUN Dusun Tua, Johan Abdul Aziz perlu meninggalkan kerajaan negeri serta menyertai blok pembangkang sekiranya kerjasama UMNO-PAS benar-benar mahu diteruskan dan bukan sekadar retorik politik.

Beliau yang juga ADUN Taman Medan turut mempersoalkan sama ada UMNO mahu terus kekal bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor atau memilih untuk bekerjasama dengan PAS.

“Sidang DUN akan berlangsung pada 3 Ogos. UMNO masih mempunyai masa untuk membuat keputusan. Kalau benar mahu bersama PAS, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor?” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas dakwaan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang memaklumkan hubungan Muafakat Nasional di negeri itu kembali terjalin selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ab Halim Tamuri serta beberapa pemimpin kedua-dua parti bertemu ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Noh, pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada usaha menghidupkan semula kerjasama UMNO dan PAS yang pernah mencatat kejayaan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kira-kira tujuh tahun lalu.

Muafakat Nasional ditubuhkan pada 2019 sebagai kerjasama politik antara UMNO dan PAS, namun hubungan itu semakin longgar selepas kedua-dua parti mengambil haluan berbeza dalam beberapa pilihan raya dan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan serta negeri.

Isu kerjasama itu kembali menjadi perhatian selepas beberapa pemimpin kedua-dua parti dilihat mengadakan pertemuan ketika kempen PRN Negeri Sembilan.

 

Berita berkaitan
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
18 jam lalu· Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
18 jam lalu· Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
18 jam lalu· Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
July 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
2 jam lalu · Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu · Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu · Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
5 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok