Guru masa depan perlu kuasai AI, kekal berteraskan akhlak: PMX

July 17, 2026 · Politik

Sistem pendidikan negara perlu melahirkan guru yang bukan sahaja mahir dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan teknologi STEM, malah memiliki akhlak tinggi serta menjunjung nilai kemanusiaan bagi membentuk generasi masa depan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perubahan pesat dunia menuntut sistem pendidikan negara bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, namun aspek pembinaan sahsiah tidak boleh diketepikan.

Menurutnya, pendidikan perlu sentiasa dinamik dan tidak sekadar bergantung kepada kurikulum serta kaedah pengajaran sedia ada jika Malaysia mahu kekal berdaya saing.

“Menggapai yang di langit, tetapi berakar ke bumi. Maksudnya kita menguasai teknologi baharu tanpa mengabaikan agama, budaya, moral dan nilai kemanusiaan.

“Kalau kita mahu tingkatkan keupayaan negara, tumpuan pertama mestilah kepada bidang pendidikan dan keduanya pantas menangkap perubahan yang berlaku di dunia,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar dan Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, Nilai, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Dr. Kartini Abdul Mutalib.

Anwar turut mengingatkan pendidikan tidak akan mencapai matlamat sebenar sekiranya guru atau pelajar dipengaruhi sentimen kebencian terhadap kaum dan agama lain.

Beliau menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama memerlukan sistem pendidikan yang mampu memupuk persefahaman, toleransi dan saling menghormati, bukannya menyemai bibit perpecahan.

“Tidak ada negara di dunia, walau sehebat mana sekalipun, yang akan selamat dengan menanam bibit kebencian kaum atau agama. Yang perlu diangkat ialah nilai kemanusiaan.

“Kalau kita mahu membina negara ini, mesti ada toleransi, hormat-menghormati dan menjunjung nilai kemanusiaan. Barulah kita boleh mengangkat mutu pendidikan dan membina masyarakat yang benar-benar maju,” katanya.

Kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi penekanan kepada pemerkasaan pendidikan STEM bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang berteknologi tinggi, termasuk AI, selaras dengan keperluan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.

Pada masa sama, kerajaan terus menegaskan kepentingan pembangunan modal insan yang seimbang, merangkumi kecemerlangan akademik, sahsiah dan nilai murni bagi memastikan kemajuan teknologi dapat dimanfaatkan secara bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
10 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
10 jam lalu· Isu semasa
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
5 jam lalu · Politik
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
5 jam lalu · Politik
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
8 jam lalu · Politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
8 jam lalu · Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok