Hajiji umum adik Musa Aman bertanding di Bongawan atas tiket GRS

November 11, 2025 · Politik

Bekas Menteri Luar Negeri, Anifah Aman diumumkan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor, pada Majlis Ketua Menteri Bersama Rakyat di Bongawan, semalam.

Pemilihan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu dijangka mengakibatkan pertembungan tiga penjuru yang hangat.

Adik kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Musa Aman itu akan berentap dengan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Alamin, yang juga Timbalan Menteri Luar, dan penyandang kerusi dari Parti Warisan, Dr. Daud Yusof.

Dalam ucapannya, Hajiji menyeru semua warga Bongawan memberikan sokongan padu kepada Anifah.

“Saya mohon kita bersatu hati dan mantapkan jentera untuk memastikan Anifah menang. Anifah dulu adalah Ahli Parlimen di sini. Banyak jasa beliau di Bongawan,” kata Hajiji.

Hajiji turut memuji kredibiliti dan pengalaman luas Anifah, yang diharap dapat menyumbang kepada pembangunan Sabah.

“Calon kita ini pernah menjadi Menteri Luar. Bukan saja rakyat di Bongawan bangga, kita di Tuaran pun bangga. Kita mahu beliau berkhidmat membantu Kerajaan Sabah selepas ini,” katanya.

Sambil menyatakan keyakinan GRS akan kembali membentuk kerajaan negeri, Hajiji mengingatkan betapa pentingnya kestabilan politik dan mengkritik pembangkang seperti ‘penjual ubat’.

“Jangan dengar cakap pembangkang. Mereka akan datang ‘menjual ubat’ di Bongawan, berjanji macam-macam. Ada yang pernah menjadi menteri dan ketua menteri tetapi apa mereka buat? Masalah air luar bandar tidak selesai selama tujuh tahun menjadi menteri,” tegas Hajiji.

Beliau menambah, hanya dengan kemenangan GRS, lebih banyak program ekonomi dapat dirancang untuk manfaat rakyat Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
13 jam lalu· Politik
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
22 jam lalu· Isu semasa
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026· Politik
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok