Hak 40 peratus Sabah: AGC kaji keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu

October 18, 2025 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat berhubung pemberian khas kepada Sabah bagi tempoh hampir lima dekad sebelum mengambil tindakan susulan.

AGC mengambil maklum mengenai perkembangan keputusan tersebut selepas kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah diarahkan menjalankan satu lagi kajian semula berhubung pemberian khas Sabah bagi tahun 1974 hingga 2022.

“AGC akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah menerimanya kelak sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” menurut kenyataan ringkas itu.

Keputusan bersejarah yang dikeluarkan pada Jumaat lalu itu menyaksikan Hakim Celestina Stuel Galid memutuskan tindakan Kerajaan Persekutuan sebelum ini adalah tidak sah, melampaui kuasa, dan tidak rasional.

“Adalah tidak sah bagi pihak kerajaan Persekutuan untuk membuat pemberian khas sebagaimana yang dimaksudkan di bawah Jadual Kesepuluh,” katanya.

Menurut mahkamah, kegagalan menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan itu telah dilakukan secara tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang mewajibkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan semula hasil bersama Kerajaan Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Perintah itu menetapkan semakan mesti dilakukan dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

Kes yang dimulakan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada Jun 2022 ini telah membawa kepada pembatalan bahagian tertentu dalam tiga warta kerajaan yang berkaitan.

Keputusan mahkamah ini diharapkan dapat menegakkan semula hak perlembagaan Sabah yang telah terabai selama ini.

Berita berkaitan
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
Komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri: Jufazli kekal bebas, rayuan pendakwaan ditolak
August 10, 2026· Politik
Warisan dakwa kenyataan tular palsu, masih bersama Kerajaan Perpaduan
August 3, 2026· Politik
AGC jamin siasatan RCI Tabung Haji bebas pengaruh politik, tiada kompromi
July 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok