Hak Sabah ditunaikan melalui rundingan, bukan tekanan politik: PMX

November 27, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menegaskan tuntutan pemulangan 40 peratus hasil kutipan Persekutuan kepada Sabah perlu diselesaikan melalui proses perundangan dan rundingan rasmi, bukan dengan tekanan politik.

Perdana Menteri menjelaskan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memenuhi tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang dilaksanakan dengan lebih teratur dan jelas.

“Ini cakap 40 peratus, pusing sana sini. Kerajaan negeri bawa kes, bukan senang. Saya senang-senang nak cari 40 peratus?

“Ini berbilion ringgit, jadi saya kena bincang,” ujar Anwar dalam ucapannya di Program Temu Rapat Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata pendekatan berasaskan rundingan dan undang-undang adalah penting bagi memastikan hak negeri ditunaikan dengan sah tanpa menjejaskan kestabilan kewangan negara.

Beliau turut menyentuh mengenai kejayaan lain dalam pelaksanaan MA63, termasuk pemulihan kuasa pengurusan elektrik kepada negeri.

“Tengok MA63, ini kuasa negeri. Berapa puluh tahun, berapa Ketua Menteri. Ini kali pertama kerajaan negeri minta dipulangkan kepada negeri.

“Di peringkat kerajaan Persekutuan, saya pinda undang-undang di Parlimen dan lulus. Sekarang, Sabah Electricity Board itu kembali kepada Sabah,” jelasnya.

Anwar turut menekankan hubungan erat antara kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dengan Kerajaan Persekutuan telah mempercepatkan penyelesaian isu-isu MA63 yang tertangguh.

“Inilah kaedah kerja yang kita amalkan, iaitu kerajaan negeri dipimpin oleh kepimpinan negeri manakala pelaksanaannya disokong Kerajaan Persekutuan.

“Pendekatan ini memudahkan urusan, mempercepat pelaksanaan dan memantapkan usaha kita menunaikan komitmen di bawah MA63,” katanya.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah, Hajiji Md Noor dan pemimpin tempatan lain pada program itu menjadi bukti kepada kerjasama erat yang menjamin kepentingan Sabah terus dilindungi.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
September 5, 2026 · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
19 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok