Harga barang import masih stabil, bekalan masih cukup: Mydin

April 8, 2026 · Isu semasa

Harga barangan import dijangka meningkat antara tiga hingga 10 peratus dalam tempoh dua bulan akan datang susulan kenaikan kos bahan api, logistik dan insurans akibat konflik di Asia Barat.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata, buat masa ini harga masih kekal stabil kerana bekalan sedia ada mencukupi di pasaran.

“Ketika ini pembekal kami di China masih mengekalkan harga seperti sebelum ini.

“Kesan kenaikan hanya akan mula dirasai dalam tempoh dua bulan akan datang, dengan anggaran peningkatan antara tiga hingga 10 peratus,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menambah, peruncit juga masih menjual barangan pada harga semasa kerana tertakluk kepada peraturan yang tidak membenarkan kenaikan harga sewenang-wenangnya.

Sebelum ini, kerajaan memberi peringatan tekanan harga mungkin mula dirasai apabila stok baharu sampai ke pasaran.

Walaupun konflik di Asia Barat reda, proses pemulihan bekalan tenaga global dijangka mengambil masa panjang, terutama selepas kemusnahan beberapa fasiliti penapisan minyak.

Mengulas lanjut, Ameer berkata kenaikan harga bukan sahaja dipacu kos logistik, tetapi juga kekurangan bahan asas seperti baja urea serta kesan perubahan cuaca global terhadap pengeluaran makanan.

“Ini termasuk barangan seperti sayur-sayuran, makanan asas dan produk lain yang banyak bergantung kepada import,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan harga barangan import akan melonjak secara mendadak sehingga 30 hingga 50 peratus.

Menurutnya, keadaan masih terkawal dengan bekalan mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan.

“Kita tidak perlu panik dan jangan buat kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat,” katanya lagi.

Situasi ini dilihat sebagai kesinambungan cabaran rantaian bekalan global sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang dipengaruhi konflik geopolitik, perubahan iklim dan turun naik kos tenaga dunia.

Berita berkaitan
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Jangan biar perpecahan lemahkan PKR: Nurul Izzah
August 14, 2026· Politik
Bekalan bahan api cukup hingga Ogos, harga barangan terus dipantau
June 29, 2026· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok