Harga petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen

September 2, 2026 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi turun lima sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 September ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 ditetapkan pada RM4.25 seliter berbanding RM4.30 sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi turun kepada RM3.77 daripada RM3.82 seliter.

Harga diesel tanpa subsidi turut turun kepada RM4.67 seliter berbanding RM4.72 seliter sebelum ini.

Bagaimanapun, harga petrol dan diesel bersubsidi kekal pada kadar sama bagi pengguna yang layak di bawah mekanisme subsidi bersasar kerajaan.

RON95 di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) kekal RM1.99 seliter, manakala diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel) kekal RM2.10 seliter.

“Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, bersamaan 47 peratus daripada harga tanpa subsidi,” menurut MOF.

Bagi penerima BUDI Diesel pula, kerajaan menanggung subsidi RM2.57 seliter atau 55 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi, sekali gus membolehkan mereka terus menikmati harga RM2.10 seliter.

Sementara itu, harga petrol dan diesel di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penurunan harga minggu ini dipengaruhi harga minyak mentah dunia yang didagangkan pada paras lebih rendah sepanjang sebahagian besar tempoh pengiraan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Bagaimanapun, harga minyak mentah kembali meningkat pada penghujung tempoh berkenaan susulan peningkatan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

“Walaupun harga minyak mentah Brent telah menyederhana daripada paras puncak konflik Asia Barat, pasaran produk petroleum bertapis dunia kekal ketat,” menurut kementerian itu.

Situasi berkenaan dipengaruhi gangguan aliran petroleum melalui Selat Hormuz, penyusutan kapasiti penapisan di beberapa negara serta sekatan eksport bahan api.

MOF berkata perkembangan itu dijangka terus menyebabkan turun naik harga minyak dalam tempoh terdekat.

Kerajaan pada masa sama akan meneruskan pendekatan subsidi bersasar menerusi inisiatif BUDI Madani bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan harga minyak dunia terhadap rakyat dan sektor perniagaan.

Harga petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan secara berkala menerusi APM, dengan perubahan harga dipengaruhi pergerakan harga minyak mentah serta produk petroleum di pasaran antarabangsa.

Berita berkaitan
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
KPDN tunggu analisis 27 sampel petrol disyaki bercampur air
October 18, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
October 12, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR dan SARA naik kepada RM16 bilion, bantu rakyat hadapi kos sara hidup
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
5 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
15 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok