Harga RON95 tanpa subsidi kekal selama sebulan: Amir Hamzah

September 30, 2025 · Isu semasa

Harga runcit RON95 tanpa subsidi yang ditetapkan pada RM2.60 seliter akan dikekalkan untuk tempoh satu bulan sebelum diselaraskan secara mingguan mulai bulan hadapan.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, menjelaskan langkah itu bagi memberi ruang kepada orang ramai menyesuaikan diri dengan pelaksanaan mekanisme harga baharu itu.

“Selepas sebulan, harga akan berubah setiap minggu berdasarkan harga pasaran global. Kalau harga minyak dunia naik, ia akan naik; kalau turun, harga di sini pun akan turun,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Ekonomi Dan Kewangan Awam (MEKA) 2025 hari ini.

Beliau berkata, pendekatan itu sama seperti pelaksanaan semula harga diesel sebelum ini yang berjaya menurunkan harga apabila harga minyak mentah dunia menurun.

“Pendekatan yang diambil kerajaan ini adalah bagi memastikan rakyat menikmati harga yang lebih adil serta telus, sejajar dengan pergerakan pasaran antarabangsa,” tegasnya.

Sementara itu, beliau turut mengumumka inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) telah berjalan dengan lancar.

Hampir 1.5 juta pengguna telah mendaftar sejak ia dibuka kepada anggota tentera, polis dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi melindungi kesejahteraan rakyat, kerajaan akan memperuntukkan kira-kira RM11 bilion untuk menampung perbezaan harga antara RON95 bersubsidi (RM1.99) dan harga tanpa subsidi.

Melalui pemansuhan subsidi pukal, kerajaan menjangka penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.

Penjimatan itu akan digunakan untuk memperluas bantuan bersasar seperti STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli petrol RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan secara automatik.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
KPDN tunggu analisis 27 sampel petrol disyaki bercampur air
October 18, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
October 12, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR dan SARA naik kepada RM16 bilion, bantu rakyat hadapi kos sara hidup
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
12 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
14 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
16 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok