Harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan RM2.60 seliter: Laporan

September 29, 2025 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM2.60 seliter bagi tempoh 30 September hingga 8 Oktober 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON95 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Dengan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) menetapkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 pada RM1.99 seliter untuk warganegara Malaysia yang layak mulai 30 September 2025, kerajaan menetapkan harga runcit RON95 tanpa subsidi pada RM2.60 seliter,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 bagi sektor pengangkutan awam darat dan pengangkutan barangan darat di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pula ditetapkan pada RM2.05 seliter bagi tempoh sama.

Sementara itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter bagi tempoh berkenaan.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM2.93 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Berita berkaitan
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
4 jam lalu· Isu semasa
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
September 11, 2026· Politik
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
September 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
4 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
4 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok