Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau

May 25, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mendapatkan laporan segera daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) susulan dakwaan kenaikan harga sayur di beberapa pasar di Kelantan sehingga RM2 sekilogram.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata setakat ini kementerian belum mengesan kenaikan mendadak harga sayur di kebanyakan kawasan termasuk di Lembah Klang, kecuali melibatkan beberapa jenis sayuran tertentu.

“Di Kelantan itu kita akan pantau. Saya akan minta laporan daripada pihak FAMA dengan segera hari ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Informasi Pertanian Kebuniti atau Gardentopia di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai peningkatan harga sayur di Kelantan yang didakwa berpunca daripada cuaca panas berpanjangan selain kenaikan kos diesel yang menjejaskan kos pengangkutan dan pengeluaran hasil pertanian.

Menurut Mohamad, isu kenaikan kos makanan bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut memberi kesan kepada banyak negara lain berikutan peningkatan harga baja dan bahan mentah pertanian di pasaran global.

Katanya, perkara itu turut dibincangkan di peringkat antarabangsa termasuk oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), terutama melibatkan gangguan bekalan fosfat akibat konflik di beberapa negara pengeluar utama.

“Itu ramalan di seluruh dunia bahawa soal baja ini akan menjadi permasalahan sebab kawasan bertelingkah itu terlibat dengan soal fosfat dan sebagainya. Kerajaan akan buat intervensi dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan kita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan bekalan baja di Malaysia masih mencukupi ketika ini walaupun kerajaan terus memantau pergerakan harga input pertanian bagi tempoh beberapa bulan akan datang.

“Bekalan cukup. Cuma kita kena lihat dari sudut harga dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang. Soal bekalan di Malaysia ini, Alhamdulillah, pada kami di pihak kementerian nampak keadaannya cukup. Cuma harga itu kita pantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini, isu kenaikan harga sayur dan bahan makanan sering menjadi perhatian pengguna terutama ketika perubahan cuaca ekstrem dan peningkatan kos logistik yang memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan negara.

Berita berkaitan
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
May 9, 2026· Politik
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
April 29, 2026· Isu semasa
Harga minyak dunia sukar turun pada masa terdekat: Menteri Ekonomi
April 20, 2026· Isu semasa
Harga minyak dunia naik selepas ketegangan di Selat Hormuz memuncak
April 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
May 25, 2026 · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
May 25, 2026 · Isu semasa
Institusi tempatan dominasi pembelian saham, kekalkan momentum positif
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh, sentimen pasaran global makin positif
2 jam lalu · Isu semasa
Misi Bantuan Gaza diteruskan, GSF akan adu ke Mahkamah Antarabangsa
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok