Inkues Zara: Permohonan maaf Mona Din ditolak AG, prosiding komital diteruskan

September 21, 2025 · Isu semasa

Prosiding komital terhadap aktivis Mona Din, atau nama sebenarnya Che Muna Din, bagi tuduhan menghina mahkamah akan diteruskan meskipun telah memohon maaf dan memadamkan hantaran kontroversinya berkenaan inkues Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar, mengesahkan permohonan maaf yang dikemukakan aktivis itu melalui laman Facebooknya tidak diterima dan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak berhasrat untuk membatalkan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya pada 10 September lalu.

“AGC mengambil maklum permohonan maaf tersebut serta tindakan beliau menurunkan hantaran berkenaan. Ia mungkin boleh menjadi faktor mitigasi kepada penama tersebut dalam proses mahkamah kelak,” jelas Mohd. Dusuki dipetik laporan MalaysiaGazette.

“Namun, memandangkan tindakan penama tersebut adalah berkait penghinaan proses mahkamah yang sedang berjalan, pihak AGC perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan isu penghinaan mahkamah ini diambil ringan dan terus dilakukan oleh mana-mana pihak. Dalam erti kata lain, AGC tidak dapat menerimanya (permohonan maaf beliau),” tambahnya lagi.

Beliau berkata pihaknya akan berkomunikasi dengan peguam Mona Din tidak lama lagi dan memaklumkan bahawa permohonan untuk perintah komital akan difailkan dalam tempoh terdekat.

Mona Din didakwa memuat naik hantaran yang bersifat menghina berhubung prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, pada 4 September lalu.

AGC dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan hantaran tersebut, yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar, berpotensi mempengaruhi pandangan awam dan mengganggu perjalanan inkues.

Dalam pernyataan maafnya pada Jumaat lalu, aktivis itu berkata tidak berniat untuk mencampuri urusan inkues yang sedang berjalan ketika ini.

“Saya tidak pernah berniat untuk mempertikai atau mencampuri prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berjalan ketika itu.

“Saya juga tidak mempunyai niat jahat untuk mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat,” katanya.

Beliau turut berjanji untuk tidak lagi membuat sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah serta memaklumkan hantaran berkenaan telah dipadam pada 13 September.

Berita berkaitan
AGC teliti bukti kes tular Ketua Pengarah AKPS: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
Kemelut Negeri Sembilan: Peguam Negara sahkan pembatalan 10 Exco
September 26, 2026· Politik
Penggantungan dua pegawai kanan Negeri Sembilan dipertikai, AG tegaskan kekal bertugas
September 24, 2026· Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok