Islam bukan milik mana-mana parti, Mahfuz bidas pemikiran sempit PAS

June 4, 2026 · Politik

Mahfuz Omar menegaskan Islam tidak wajar dipersempitkan sehingga dilihat sebagai milik eksklusif sesebuah parti politik, susulan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menerusi tulisan bertajuk “PAS tidak ditenggelamkan selagi bersama Islam”.

Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara itu, Islam merupakan agama suci yang menjadi milik seluruh umat Islam dan tidak boleh disamakan dengan mana-mana parti politik.

“Islam adalah agama suci milik seluruh umat, bukan milik eksklusif mana-mana parti politik.

“Mengkritik PAS bukan bermakna mengkritik Islam, manakala mengkritik Presiden PAS bermaksud mengkritik seorang ahli politik, bukannya institusi ulama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kecenderungan mengaitkan sokongan terhadap PAS dengan kesetiaan kepada perjuangan Islam merupakan pendekatan politik yang boleh mengelirukan masyarakat serta memberi kesan kepada amalan demokrasi dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Mahfuz turut menegaskan bahawa PAS, seperti parti politik lain, tidak kebal daripada kritikan dan tidak boleh meletakkan dirinya sebagai pihak yang paling suci atau paling benar dalam mentafsirkan perjuangan Islam.

“Dalam sistem demokrasi, parti politik boleh dikritik, pemimpin boleh dipersoalkan dan rakyat berhak menilai rekod pentadbiran serta konsistensi politik mereka,” katanya.

Beliau turut membangkitkan sejarah kerjasama politik PAS dengan beberapa parti lain, termasuk DAP, UMNO dan Parti Bersatu, yang menurutnya menunjukkan wujud percanggahan dalam naratif politik parti itu.

“Jika hampir semua rakan politik akhirnya dituduh tidak ikhlas, rakyat berhak bertanya siapakah sebenarnya yang gagal membina kepercayaan dalam kerjasama politik,” katanya.

Mahfuz juga mengingatkan isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355) dan pelaksanaan hudud pernah menjadi agenda utama PAS serta sering dijadikan tema kempen politik di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, ketika PAS berada dalam kerajaan Persekutuan selepas Langkah Sheraton pada 2020 dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran selama lebih 30 bulan, agenda berkenaan tidak menunjukkan perkembangan yang ketara.

“Malah isu RUU355 semakin tenggelam, hudud tidak lagi menjadi fokus utama dan rakyat tidak melihat reformasi besar berkaitan pentadbiran Islam seperti yang pernah dijanjikan,” katanya.

RUU355 merujuk kepada cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang sebelum ini menjadi antara tuntutan utama PAS bagi memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata Islam tidak boleh diukur hanya melalui retorik politik, slogan agama atau petikan ayat al-Quran yang digunakan dalam ceramah dan kenyataan.

Sebaliknya, katanya, nilai Islam perlu diterjemahkan melalui keadilan, amanah, integriti, kebijaksanaan memimpin dan keupayaan menyatukan masyarakat.

“Malaysia memerlukan politik yang membawa rahmah, kestabilan dan perpaduan, bukannya politik yang memonopoli agama untuk menghalalkan setiap keputusan parti. Islam akan terus mulia tanpa perlu disandarkan kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Berita berkaitan
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
August 16, 2026· Politik
Dakwaan guna TH untuk raih sokongan politik perlu disiasat: Mahfuz
August 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok