Kerajaan Perlis kekal bersama PN, fokus tamatkan penggal pentadbiran: Abu Bakar

12 jam lalu · Politik

Kerajaan Perlis akan terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri sehingga tamat penggal semasa, meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara parti-parti dalam gabungan tersebut.

Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata, mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah kepada PN sebagai sebuah gabungan politik dan bukannya kepada mana-mana parti komponen secara berasingan.

“Kita akan terus berdiri di bawah penyatuan PN. Biar apa yang berlaku antara PAS, Bersatu dan komponen lain, kita akan kekal tenang bersama PN kerana kita mendapat mandat rakyat melalui PN.

“Bukan kita mendapat mandat daripada Bersatu atau PAS secara berasingan, sebaliknya rakyat memilih PN untuk mentadbir negeri ini,” katanya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Menurut Abu Bakar, kerajaan negeri akan meneruskan pentadbiran sehingga penghujung penggal DUN Perlis ke-15 selaras dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mahu kestabilan pentadbiran dikekalkan demi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat berjalan lancar.

Katanya, DUN Perlis yang dipilih pada PRU-15 pada 2022 hanya akan tamat tempoh pada Disember 2027, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan amanah yang diberikan rakyat.

“Titah Tuanku jelas bahawa pentadbiran ini perlu diteruskan sehingga tamat tempoh. Jadi kita masih mempunyai masa sehingga Disember 2027 untuk melaksanakan amanah yang diberikan rakyat.

“Saya tidak akan membuat apa juga spekulasi atau keputusan yang boleh merugikan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan keutamaan kerajaan negeri ketika ini adalah memastikan kestabilan politik dan pentadbiran terus terpelihara, selain mengelakkan sebarang tindakan tergesa-gesa yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.

Mengulas kemungkinan perubahan dalam struktur PN sekiranya berlaku perkembangan baharu melibatkan PAS dan Bersatu pada masa hadapan, Abu Bakar berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu apabila keputusan rasmi dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.

“Kita tunggu dahulu apa juga keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi. Bagi saya, saya kekal tenang bersama PN dan fokus untuk menghabiskan tempoh pentadbiran ini.

“Saya yakin kepimpinan tertinggi akan membuat keputusan terbaik kerana matlamat kita adalah untuk memenangi pilihan raya. Jika kita berpecah atau bercakaran, kita yang akan rugi,” katanya.

Berita berkaitan
Aminuddin sahkan pembubaran DUN Negeri Sembilan bermula esok, satu lagi PRN
2 jam lalu· Politik
Pemuda PAS rayu UMNO Johor pertimbang hasrat bertanding solo, mahu bekerjasama
3 jam lalu· Politik
Rayuan Muhyiddin dalam kes fitnah Guan Eng didengar 18 Jun
3 jam lalu· Politik
ADUN Endau umum tinggalkan Bersatu, kembali sertai UMNO
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muafakat Nasional 2.0: Isyarat PAS mencari jalan keluar daripada PN tinggalkan Bersatu?
10 jam lalu · Politik
Islam bukan milik mana-mana parti, Mahfuz bidas pemikiran sempit PAS
12 jam lalu · Politik
Tiada rakyat mahu UMNO kembali dominasi politik negara: DAP
12 jam lalu · Politik
MCA Johor nafikan senarai calon PRN tular
12 jam lalu · Politik
Annuar Musa cadang formula bahagi kerusi UMNO-PAS, bermula di Johor
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok