Tiada rakyat mahu UMNO kembali dominasi politik negara: DAP

June 4, 2026 · Politik

DAP menegaskan rakyat Malaysia tidak mahu kembali kepada era politik yang menyaksikan satu parti mendominasi negara, sambil mengingatkan bahawa landskap politik pasca-2018 telah berubah dan memerlukan kerjasama antara pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata masih terdapat segelintir pemimpin UMNO yang percaya parti itu mampu mengembalikan kegemilangan lama dengan bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya dan mengemukakan calon Perdana Menteri sendiri.

“Semoga para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedar bahawa tiada rakyat Malaysia yang waras mahu kembali kepada era satu parti dengan UMNO sebagai parti dominan yang menentukan segala-galanya untuk rakyat. Zaman sudah berubah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas desakan beberapa pemimpin UMNO, khususnya di Johor, yang mahu BN bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai langkah mengukuhkan semula kedudukan parti itu.

Menurut Liew, UMNO Johor dilihat mahu menggunakan PRN sebagai platform untuk mengembalikan pengaruhnya seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 yang menyaksikan berakhirnya dominasi panjang BN di peringkat Persekutuan.

Katanya, walaupun BN mempunyai kelebihan di Johor dan bercadang bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, kemenangan di peringkat negeri tidak semestinya diterjemahkan kepada kejayaan dalam pilihan raya umum.

“Daripada 26 kerusi Parlimen Johor pada PRU 2022, BN hanya memenangi sembilan kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 15 kerusi.

“Ini membuktikan kemenangan dalam pilihan raya negeri bukan jaminan untuk menguasai pilihan raya umum,” katanya.

Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, realiti politik semasa menunjukkan tiada lagi satu parti yang mampu mendominasi secara bersendirian seperti dahulu.

Sebaliknya, semua parti perlu bekerjasama dan bertolak ansur bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Pada PRU-15 menyaksikan tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Keputusan itu membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil kerjasama antara PH dan BN selepas campur tangan Yang di-Pertuan Agong ketika itu bagi memastikan kestabilan politik negara.

Chin Tong berkata, kerjasama antara PH dan BN telah membuktikan kedua-dua gabungan mampu mentadbir bersama serta menghadapi pilihan raya sebagai satu pasukan.

“Jika kerjasama ini diteruskan, PRU akan datang berpotensi menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PH-BN dan Perikatan Nasional (PN), yang memberi kelebihan kepada kedua-dua gabungan,” katanya.

Beliau turut mendakwa terdapat pihak dalam BN yang terus mendesak supaya gabungan itu bertanding secara solo walaupun langkah tersebut berisiko mencetuskan pertandingan tiga penjuru yang boleh menjejaskan peluang kemenangan BN dan PH.

Berita berkaitan
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok