Isu bendera terbalik: Kerajaan Johor pertahan tindakan PBT arah penutupan klinik

August 30, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Johor mempertahankan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengarahkan penutupan dua premis perniagaan kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik, dengan menegaskan arahan tersebut dibuat mengikut peraturan yang sedia ada.

Exco Kerajaan Negeri Johor, Jafni Shukor, menafikan dakwaan DAP arahan penutupan premis tersebut adalah ultra vires (melampaui kuasa) dan kejam.

Beliau menjelaskan arahan itu dikeluarkan berdasarkan Undang-undang Kecil (UUK) 49(2) serta 45(1) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian 2019.

“Tindakan ini tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi mengikut undang-undang dan merupakan amaran keras kepada semua pihak agar tidak cuai atau bersikap sambil lewa dalam hal yang menyentuh kedaulatan dan maruah negeri serta negara,” katanya dalam kenyataan.

Jafni menegaskan bahawa kecuaian mempamerkan Jalur Gemilang bukan perkara kecil dan majikan yang warganegara wajib bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kesalahan di premis mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan petisyen yang dikemukakan Dr Boo Cheng Hau yang meminta tindakan tatatertib dikenakan terhadap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin berhubung arahan penutupan tersebut.

Isu timbul selepas MPPnmengarahkan penutupan sementara sebuah pasar mini di Pekan Nenas dan sebuah klinik pergigian di Pontian minggu lalu kerana kesalahan memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Tindakan ini mencetuskan bantahan daripada bekas ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang mendakwa arahan penutupan itu tidak sah di sisi undang-undang.

Berita berkaitan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026· Politik
Isu ‘Alhamdulillah’: Menteri minta orang ramai rujuk pihak berkuasa agama
February 8, 2026· Isu semasa
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026· Politik
SD diguna untuk tukar kepimpinan, buka jalan kerajaan baharu dengan UMNO: Hanifah
February 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok