Isu hasil 40% Sabah: Ewon tetap persoal rayuan dikemuka kerajaan pusat

November 13, 2025 · Politik

Ewon Benedick menegaskan pendiriannya langkah Kerajaan Persekutuan merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak hasil 40 peratus Sabah tetap menjadi persoalan utama meskipun menghargai penjelasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata walaupun memahami hujah kerajaan, proses rayuan tersebut tetap menggambarkan ketidakselarasan terhadap tuntutan Sabah yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menghargai penjelasan Perdana Menteri, tetapi saya juga mengambil maklum bahawa rayuan tetap akan difailkan atas alasan penghakiman. Tapi rayuan tetap rayuan,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Ewon yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi minggu lalu berkata telah memperjuangkan isu itu secara konsisten sepanjang tiga tahun dalam kabinet.

“Respons yang saya terima tidak jauh berbeza daripada yang diberikan oleh Perdana Menteri di Tamu Jalan Gaya baru-baru ini,” katanya.

Dalam penjelasannya di Kota Kinabalu minggu lalu, Anwar menjelaskan kerajaan telah memperuntukkan RM17 bilion kepada Sabah, jauh melebihi RM10 bilion hasil persekutuan yang dikutip dari negeri itu.

Hari ini di Parlimen, Anwar menjelaskan rayuan kerajaan hanya berkaitan dengan kenyataan penghakiman, bukan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil persekutuan.

“Mengaitkan kesilapan besar sejak 1974 bermakna semua kerajaan persekutuan dan negeri terdahulu turut dianggap terlanjur, sedangkan itu tidak tepat,” katanya.

Ewon turut menggesa rakyat negeri itu membaca keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sepenuhnya bagi memahami isu berkenaan.

“Ia dokumen wajib baca dan miliki setiap rakyat Sabah,” tegasnya.

Beliau dijangka menghuraikan isu tersebut dengan lebih mendalam pada “Konvensyen Rakyat” dan pelancaran jelajah “Sabah First” di Penampang malam ini.

Menurut Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip dari negeri itu dalam bentuk geran khas.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
23 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok