Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Dr Zulkifli Hasan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin politik supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan fatwa atau hal agama bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, individu yang mempunyai pengaruh besar dan ramai pengikut perlu memastikan sesuatu pandangan disemak serta dipastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada umum.
“Kalau melibatkan tindakan undang-undang, kita serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya dipetik laporan media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.
Isu itu mencetuskan perdebatan dalam media sosial apabila kenyataan berkenaan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak sensitif terhadap kedudukan para sahabat Rasulullah SAW yang dihormati umat Islam.
Susulan kontroversi tersebut, Nik Muhammad Zawawi dilaporkan telah memohon maaf dan mengakui kurang cermat ketika mengolah maklumat serta menyampaikan pandangannya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata kerajaan akan terus memperkukuh program pendidikan dan dakwah bagi memupuk kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW serta para sahabat baginda.
Katanya, pendekatan pendidikan amat penting bagi memastikan masyarakat memahami isu agama dengan lebih baik dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham.
Sementara itu, beliau turut menyentuh isu tuntutan nafkah anak melibatkan pasangan bercerai yang sering mengambil masa panjang untuk diselesaikan. Menurutnya, kerajaan sedang memperhebat usaha penambahbaikan termasuk mengadakan kerjasama lebih rapat dengan pihak berkepentingan.
“Kita sudah ada gerak kerja dan banyak kejayaan dicapai, namun usaha ini akan terus diperkukuh kerana isu ini sangat penting kepada masyarakat,” katanya.
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi