Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi

May 13, 2026 · Politik

Kabinet mengecam kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan ceramah politik di Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, isu itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Jemaah Menteri berpandangan kenyataan terbabit tidak wajar serta menyinggung sensitiviti umat Islam.

Menurut beliau, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk polis dan jabatan agama untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Jemaah Menteri dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat dan ada lagi yang sedang dalam proses. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.

Fahmi turut mengakui isu berkenaan mendapat reaksi hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Respon masyarakat sangat panas dan kita memahami sensitiviti yang timbul dalam kalangan rakyat,” katanya.

Kontroversi tercetus selepas tular rakaman ceramah yang memetik istilah ‘bapa ceti’ dan ‘kaki zina’ ketika menyentuh mengenai sahabat Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan itu menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin PAS sendiri.

Susulan itu, Nik Muhammad Zawawi hari ini tampil memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan berkenaan.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu mengakui beliau kurang cermat dalam penyampaian sehingga menimbulkan salah faham dan mengguris perasaan ramai pihak.

Beliau juga berkata tiada niat untuk menghina atau merendahkan martabat sahabat Rasulullah SAW.

Isu berkaitan agama dan penghinaan terhadap tokoh Islam sering menjadi perhatian serius di negara ini kerana boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sebelum ini, beberapa individu pernah disiasat pihak berkuasa susulan kenyataan atau kandungan media sosial yang dianggap menyentuh sensitiviti agama.

Berita berkaitan
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
May 13, 2026· Isu semasa
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
May 13, 2026· Politik
Kabinet tak bincang pengurangan subsidi BUDI95
May 13, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026 · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
May 13, 2026 · Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
7 jam lalu · Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
8 jam lalu · Politik
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok