Nik Zawawi jelaskan isu ceramah sahabat Nabi

8 jam lalu · Politik

Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi ceramahnya yang tular baru-baru ini selepas didakwa menghina dan merendahkan martabat para sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, kenyataannya mengenai kehidupan beberapa sahabat sebelum kedatangan Islam hanya bertujuan memudahkan masyarakat memahami suasana dan sistem kehidupan masyarakat Arab pada zaman jahiliyah.

Menurutnya, penggunaan istilah seperti “ceti” dalam ceramah tersebut hanyalah gambaran untuk menjelaskan bagaimana sistem masyarakat ketika itu beroperasi sebelum Islam dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Apa yang saya maksudkan ialah pada zaman jahiliyah di Mekah, sesiapa sahaja yang hidup dalam masyarakat ketika itu terpaksa akur dengan sistem yang ada.

“Ia termasuk tokoh seperti Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf sebelum Islam datang,” katanya.

Beliau menegaskan keadaan itu bukan kesalahan para sahabat kerana Islam masih belum diturunkan pada ketika itu.

Kontroversi tercetus selepas beberapa klip video ceramah politiknya di Kuala Terengganu hujung minggu lalu tersebar di media sosial.

Dalam video berkenaan, beliau dikatakan menggambarkan empat sahabat utama Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup yang buruk sebelum memeluk Islam.

Antara kenyataan yang menjadi perhatian ialah dakwaan bahawa Abu Bakar pernah menjadi “bapa ceti” dan Umar seorang yang zalim ketika zaman jahiliyah.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil mengkritik kenyataan berkenaan dan menganggap ia menyentuh sensitiviti umat Islam serta boleh menimbulkan salah faham terhadap kedudukan sahabat Nabi.

Bagaimanapun, Nik Zawawi menafikan beliau pernah mencerca atau menghina para sahabat Rasulullah SAW. Katanya, sebagai umat Islam, perbuatan sedemikian tidak wajar dilakukan.

“Saya hanya menjelaskan bagaimana Islam mengubah manusia. Saidina Abu Bakar menjadi contoh insan yang berubah selepas menerima tarbiah Rasulullah SAW,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya menghentikan fitnah dan tidak terus memanaskan isu berkenaan demi menjaga perpaduan umat Islam.

Berita berkaitan
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
1 jam lalu· Politik
Dewan Ulamak PAS tegur Nik Zawawi berhubung isu ceramah sahabat Nabi
8 jam lalu· Politik
Kontroversi hina sahabat Nabi, PAS nafi Nik Zawawi direhatkan dari jawatan
May 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026 · Politik
Sanusi masih kekalkan dua ADUN Bersatu dipecat dalam kerajaan negeri
May 13, 2026 · Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
May 13, 2026 · Politik
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
8 jam lalu · Politik
Akta Lompat Parti perlu diambil kira sebelum terima bekas pemimpin Bersatu
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok