Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr. Akmal Saleh, menafikan dakwaan bahawa beliau menyerang Presiden MCA, Dr. Wee Ka Siong, berikutan isu kemasukan seorang pelajar cemerlang ke universiti awam.
Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan hanya mempertahankan perkara yang benar dan bukan bersifat peribadi, ia memandangkan tindakan Ka Siong yang dilihat cuba mempertikaikan sistem pendidikan negara.
“Rileks lah YB Wee Ka Siong. Mana ada saya serbu (serang), saya cakap dengan elok sahaja. Kalau saya serbu, bukan macam ini cara saya,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.
Akmal menjelaskan prinsipnya dalam isu ini adalah jelas dan tegasan beliau bukanlah satu bentuk serangan peribadi.
“Yang salah kita katakan salah, yang betul kena katakan betul. Kalau tidak mahu minta maaf, takpa teruskan pusing sana sini kerana rakyat tahu menilai siapa yang pusing siapa yang benar,” ujarnya lagi.
Kenyataan itu merupakan respons kepada kenyataan Siong yang enggan memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Akmal sebelum ini mendesak Ka Siong memohon maaf kerana berpendapat kenyataan awalnya menimbulkan tanggapan negatif terhadap sistem kemasukan universiti.
Kontroversi ini tercetus apabila Ka Siong, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, mendedahkan kes seorang pelajar cemerlang yang didakwa tidak mendapat tawaran untuk program perakaunan di Universiti Malaya (UM).
Bagaimanapun, KPT kemudiannya menjelaskan walaupun pelajar berkenaan mempunyai merit 99.9%, persaingan untuk program tersebut adalah sangat sengit dengan ramai calon lain yang mencapai merit penuh 100%, manakala bilangan tempat yang ditawarkan adalah terhad.
Akmal berpendapat kenyataan awal Ka Siong itu tidak wajar dan seolah-olah mencemar imej KPT serta kredibiliti penjawat awam yang menguruskan proses kemasukan tersebut.
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
DAP akan muktamadkan hala tuju politik semasa Kongres Khas 12 Julai
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan