Isu logo dan calon PM: Takiyuddin kata Majlis Tertinggi PN yang akan putuskan

September 16, 2025 · Politik

Takiyuddin Hassan menegaskan sebarang keputusan penting termasuk penggunaan logo pilihan raya dan pelantikan calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) hanya boleh diputuskan melalui Majlis Tertinggi gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS itu berkata kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini berhubung cadangan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dilihat sebagai mendahului proses yang ditetapkan dalam perlembagaan gabungan itu.

“Dalam PN tidak ada besar kecil, tidak ada abang besar. Kita ada empat parti komponen dan semua adalah ‘equal partner’.

“Jadi apa juga keputusan sama ada calon perdana menteri atau logo, mesti diputuskan dalam Majlis Tertinggi PN,” jelas Takiyuddin ketika ditemui selepas media Muktamar Tahunan PAS Ke-71.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan PAS pernah beberapa kali ditawarkan jawatan Pengerusi PN sebelum ini, tetapi menolaknya kerana melihat Muhyiddin lebih sesuai pada ketika itu.

Namun, katanya, pendirian itu mungkin berubah.

“Untuk rekod, PAS sudah beberapa kali ditawarkan untuk menjadi Pengerusi PN. Sekarang kita menyatakan kita bersedia untuk diberikan peranan itu. Jika diminta kita boleh memimpin PN.

“Maknanya Presiden PAS akan menjadi Pengerusi PN,” tegasnya sambil menekankan kekuatan PAS yang memiliki 43 kerusi Parlimen dan menerajui empat kerajaan negeri.

Terdahulu pada Isnin, Muhyiddin dilaporkan berkata PN belum memutuskan penggunaan logo bagi PRU16, namun beliau berharap logo sedia ada kekal digunakan.

Berita berkaitan
Bersatu dakwa PAS yang rosakkan PN, desak jawab aduan RoS
October 6, 2026· Politik
Fahmi: PH belum muktamadkan kerjasama bagi PRN Melaka
October 6, 2026· Politik
PRN Melaka: PN tunggu tarikh penamaan calon sebelum putus kerjasama
October 6, 2026· Politik
Bersatu guna logo sendiri, sedia bincang kerjasama di Melaka
October 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
15 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok