Isu sajian arak: UMNO Johor bidas Menteri DAP jangan berlagak jadi ‘ulama’ pula

October 8, 2025 · Politik

UMNO Johor membidas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, agar tidak berlagak seperti ‘ulama’ dengan menilai isu arak sebagai perkara kecil bagi umat Islam.

Setiausaha UMNO Johor, Abdul Halim Suleiman berkata isu arak adalah soal prinsip, maruah, dan penghormatan kepada Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Jangan nak jadi ‘ulama’ kepada apa yang kononnya isu besar atau kecil bagi umat Islam. Isu arak bukan isu kecil,” tegas Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau.

Beliau mengulas kenyataan Nga Kor Ming yang meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu hidangan arak pada Global Travel Meet 2025 kerana boleh menjejaskan imej negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Abdul Halim berkata UMNO Johor akan terus bersuara mempertahankan sensitiviti umat Islam.

“Kita bukan mahu cari gaduh, tapi bila Islam diperlekeh, kita wajib bangun mempertahankannya,” ujarnya lagi.

Beliau juga menasihati pegawai awam agar mengelak menghadiri majlis yang menghidangkan arak.

“Malaysia boleh terus maju, terbuka dan mesra dunia tanpa perlu gadai prinsip agama,’” tambahnya.

Menurutnya, kenyataan Nga Kor Ming menggambarkan seolah-olah orang Melayu beragama Islam tidak memahami etika acara antarabangsa.

“Hakikatnya, umat Islam di Malaysia sudah lama hidup bersama kepelbagaian. Kita faham norma global, tetapi ada garis merah yang tak boleh dilangkah,” katanya.

Abdul Halim turut mempersoalkan alasan majlis itu dianjurkan sektor swasta walhal terdapat logo rasmi kerajaan.

“Logo kerajaan terpampang, pegawai kerajaan hadir. Kalau dah guna nama kerajaan, jangan sembunyi di sebalik alasan ‘acara swasta’. Kerajaan tetap bertanggungjawab,” ujarnya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
4 jam lalu· Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
4 jam lalu· Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
5 jam lalu· Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
4 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
5 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok