Isu vape: kerajaan saran pengharaman dan naik cukai 10 kali ganda

October 7, 2025 · Isu semasa

Kerajaan sedang merancang langkah drastik bagi menangani isu penggunaan vape di negara ini, termasuk cadangan mengharamkannya terus serta menaikkan kadar cukai sehingga sepuluh kali ganda.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, mendedahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan cadangan menaikkan cukai cecair vape daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml) kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan dalam Belanjawan 2026.

Beliau berkata, langkah itu bagi menyelaraskan kadar cukai produk vape dengan produk tembakau konvensional yang sedia ada.

“Kadar cukai yang dicadangkan ialah daripada 40 sen kepada RM4 setiap ml, dan ini merupakan cadangan daripada pihak KKM untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan,” jelas Lukanisman semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, jurang cukai yang ketara antara rokok dan vape menjadi punca utama ramai pengguna beralih kepada vape.

Beliau membandingkan satu kotak rokok bersamaan lebih kurang 2ml cecair vape, namun cukai yang dikenakan ke atas vape adalah jauh lebih rendah.

Selain cadangan cukai, Lukanisman mengulangi pendirian KKM yang sedang bergerak ke arah larangan menyeluruh terhadap produk vape.

Cadangan pengharaman ini dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun ini.

Beliau menegaskan, langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan perbelanjaan kerajaan yang besar untuk merawat penyakit berkaitan vape.

“Daripada kita terus berperang dengan rokok dan vape, lebih baik kita hapuskannya kerana ia satu bentuk mudarat yang sedang menular,” tegasnya.

Menurutnya, anggaran sebanyak RM244.8 juta telah dibelanjakan setakat ini bagi merawat penyakit EVALI (E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury) yang berpunca daripada vape.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, kita mungkin terpaksa membelanjakan antara RM300 juta hingga RM400 juta menjelang tahun 2030,” tambahnya.

Sehingga kini, sebanyak 46 kes EVALI dengan komplikasi serius pada paru-paru telah direkodkan, manakala 45 kes bukan EVALI melibatkan komplikasi kesihatan lain turut berpunca daripada vape.

Berita berkaitan
MOF: Bayaran balik lebihan cukai RM14.7 bilion sudah dilunas
July 16, 2026· Isu semasa
Malaysia bida kerusi Majlis Keselamatan PBB
July 13, 2026· Isu semasa
Kerajaan lanjut pelepasan cukai TAR UMT, caruman LINDUNG 24 jam tidak lagi mandatori
July 8, 2026· Isu semasa
MOF nafi mungkir janji pengecualian cukai terhadap TARC
July 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
1 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
5 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
5 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
7 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok