Jamal selesai bayar kos saman kepada Kok, lelongan harta ditangguh

June 20, 2026 · Politik

Lelongan harta milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos yang dijadualkan berlangsung Isnin ini ditangguhkan selepas beliau menjelaskan hutang penghakiman berjumlah RM66,600 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Peguam yang mewakili Kok, S.N. Nair, mengesahkan pembayaran tersebut telah dibuat menerusi cek yang diserahkan oleh Jamal pada petang semalam bagi menyelesaikan baki hutang penghakiman berkaitan kes saman fitnah antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, susulan pembayaran itu, proses lelongan awam yang dijadualkan pada 22 Jun tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu cek berkenaan selesai dijelaskan.

“Berikutan pembayaran yang diterima, lelongan awam yang sebelum ini dijadualkan pada 22 Jun ditangguhkan dan tidak akan diteruskan buat sementara waktu. Hutang penghakiman akan dianggap selesai sepenuhnya dan prosiding lelongan akan dibatalkan sewajarnya tertakluk kepada cek tersebut berjaya dijelaskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nair turut memaklumkan jumlah RM66,600 itu merupakan kos penghakiman yang masih belum dijelaskan dalam kes saman berkenaan.

Pada 12 Jun lalu, beliau dilaporkan berkata sebanyak 14 harta alih yang disita dari kediaman Jamal akan dilelong pada 22 Jun selepas kegagalan beliau melunaskan tunggakan penghakiman tersebut.

Kes itu berpunca daripada saman fitnah yang difailkan oleh Kok terhadap Jamal berhubung dakwaan Kok menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Pada Julai 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan memihak kepada Kok dan mengarahkan Jamal membayar ganti rugi RM300,000 serta kos RM50,000 selepas membenarkan tuntutan saman fitnah tersebut.

Jamal kemudian memohon kebenaran untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan, namun permohonannya ditolak pada Julai 2024 sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, Jamal telah pun menjelaskan bayaran ganti rugi RM300,000 yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Bagaimanapun, isu berkaitan kos penghakiman yang masih tertunggak menyebabkan tindakan penyitaan dan lelongan harta diambil sebelum penyelesaian pembayaran terbaru dibuat.

Berita berkaitan
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
17 jam lalu· Isu semasa
DAP tampil calon Melayu di Tiram, Ketua DAPSY bertanding di Johor Jaya
June 20, 2026· Politik
Tudung dijadikan bahan politik, Syahredzan kecam imej AI libatkan pemimpin DAP
June 19, 2026· Politik
Mahkamah batal sepina terhadap PMX dalam kes Vinod Sekhar: Laporan
June 19, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
10 jam lalu · Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
10 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
10 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
16 jam lalu · Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok