Jangan layan desas-desus saya bakal ganti PMX: Johari

July 17, 2025 · Politik

Desas-desus kononnya bakal menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-11 dinafikan Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani.

Johari menegaskan, kerajaan perpaduan yang diterajui Anwar masih stabil dan tidak perlu diganggu oleh mana-mana pihak.

“Saya nak beritahu, Kerajaan Perpaduan ini aman damai dan jangan ganggu gugat.

“Kalau tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama peniaga dan penduduk berhubung isu cadangan perobohan beberapa unit gerai Blok E 16, Jalan 2/76 Desa Pandan hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan terdapat sokongan daripada Ahli Parlimen terutama daripada UMNO terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memaklumkan sokongan itu masih belum mencukupi.

“UMNO ada hanya 26 kerusi (Parlimen) sahaja,” jawabnya ringkas.

Desas-desus mengenai perubahan kepimpinan negara semakin hangat diperkatakan susulan ketidakpuasan hati beberapa pemimpin politik.

Nama Johari dikaitkan dalam kalangan pemerhati politik apabila disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi menerajui Putrajaya jika berlaku peralihan kuasa.

Berita berkaitan
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
11 jam lalu· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
3 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
11 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
11 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok