JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani

May 25, 2026 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menegaskan ajaran Ahmadiah atau Qadiani kekal difatwakan sesat dan terkeluar daripada Islam walaupun didakwa dibawa semula dengan penjenamaan baharu susulan penularan video berkaitan fahaman itu di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, JAWI berkata fahaman yang diasaskan Mirza Ghulam Ahmad itu bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mempercayai masih wujud nabi selepas Nabi Muhammad SAW.

Menurut JAWI, sebarang cubaan memperkenalkan semula ajaran itu dalam bentuk baharu tidak mengubah hakikat bahawa ia tetap menyeleweng dan boleh mengancam akidah umat Islam.

“Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kesucian akidah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk mengelak diri dan ahli keluarga masing-masing daripada ancaman pemikiran sesat seperti ajaran Ahmadiah atau Qadiani,” katanya.

JAWI turut mengingatkan masyarakat supaya menjauhi fahaman ekstrem yang boleh menggugat pegangan agama selain memperkukuhkan institusi keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih.

Ajaran Ahmadiah atau Qadiani sebelum ini telah difatwakan sebagai terkeluar daripada agama Islam oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sejak 2004.

Fahaman itu sering menjadi perhatian pihak berkuasa agama kerana dikaitkan dengan penyebaran ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam arus perdana di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai disaran mendapatkan ilmu agama daripada sumber yang diiktiraf serta merujuk kepada pihak berautoriti dan institusi agama bagi memastikan pegangan akidah sentiasa berada di landasan yang benar.

Pada masa sama, JAWI menegaskan pihaknya akan terus memperkasakan usaha menjaga akidah umat Islam di Wilayah Persekutuan selaras peranannya sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan video berkaitan ajaran Qadiani yang tular di media sosial sebenarnya merupakan rakaman lama yang dipercayai dibuat pada 2019 sebelum dikongsi semula baru-baru ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata siasatan telah dijalankan di lokasi yang dikaitkan dengan aktiviti tersebut sejurus video itu mula tular ketika itu, namun tiada bukti ditemui.

Pemeriksaan di lapan lokasi sekitar Ulu Yam yang turut dikaitkan dengan kegiatan sama juga tidak menemukan sebarang petunjuk berkaitan aktiviti berkenaan.

Berita berkaitan
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
May 2, 2026· Politik
10 ajaran sesat masih aktif, JAKIM tingkat pemantauan
January 23, 2026· Isu semasa
Isu Kultus Korea: Saifuddin beritahu polis akan beri taklimat minggu ini
January 8, 2026· Isu semasa
Saifuddin Nasution pertahan serbuan pihak berkuasa di pusat spa ‘songsang’
December 2, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
May 25, 2026 · Isu semasa
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
May 25, 2026 · Isu semasa
Institusi tempatan dominasi pembelian saham, kekalkan momentum positif
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh, sentimen pasaran global makin positif
2 jam lalu · Isu semasa
Misi Bantuan Gaza diteruskan, GSF akan adu ke Mahkamah Antarabangsa
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok