Jemputan ke atas Trump adalah keputusan bersama 10 negara ASEAN: Zahid

October 5, 2025 · Isu semasa

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah keputusan yang dibuat secara sebulat suara oleh kesemua sepuluh pemimpin negara-negara ASEAN, bukannya keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara sendirian.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kedatangan Trump tidak akan melemahkan pendirian Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Gaza, Palestin yang sentiasa menjadi keutamaan walaupun berdepan tekanan luar.

“Ini bukan keputusan PMX (Anwar Ibrahim) sebagai Pengerusi ASEAN, tetapi keputusan sebulat suara seluruh 10 pemimpin negara ASEAN untuk mengadakan sidang kemuncak dengan rakan dialog kita, dan Trump adalah Presiden AS,” jelas Zahid selepas menghadiri satu majlis di Stadium Tertutup Arena Larkin hari ini.

Beliau menegaska platform ASEAN sentiasa mengamalkan konsep perkongsian dengan rakan-rakan dialog dari luar serantau, termasuklah Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Walaupun menghormati keputusan bersama ASEAN, Zahid menekankan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian asalnya untuk membantah sebarang campur tangan AS dalam konflik di Gaza.

“Pendirian itu tidak mengubah kedudukan kita dan secara rasionalnya pengerusi ASEAN, Malaysia harus menghormati keputusan sebulat suara pemimpin negara ASEAN,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan isu ini dibangkitkan di Parlimen, Zahid tidak menolak ia akan menjadi isu yang akan dibangkitkan tetapi perlu mengambil kira kepentingan ASEAN.

“Ya, mungkin ada Ahli Parlimen yang akan bahaskan isu ini dan mereka boleh buat demikian tetapi kita harus hormati keputusan dibuat sekretariat ASEAN,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan menyaksikan Timor Leste diterima secara rasmi sebagai ahli ke-11 pertubuhan serantau itu.

Berita berkaitan
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu· Isu semasa
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
3 jam lalu· Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu· Politik
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
17 jam lalu · Isu semasa
Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok