Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak

September 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan akan membincangkan tindakan lanjut bersama kerajaan Sarawak selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian melepasi paras 500, sekali gus mencapai tahap pencemaran amat ekstrem.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berhubung dengan Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg sejak kelmarin bagi membincangkan keadaan jerebu yang semakin memburuk di negeri itu.

Menurutnya, pihak berkuasa akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat, termasuk menghentikan operasi pejabat dan sekolah sekiranya keadaan darurat memerlukan tindakan berkenaan.

Katanya, syor penutupan premis awam bagaimanapun tidak membabitkan agensi keselamatan.

“Kita akan lakukan semua langkah yang perlu, sama ada pembenihan awan, mahupun tindakan lain walaupun ini (keadaan jerebu) kesan daripada perkembangan di tempat lain.

“Kita terpaksa tanggung dan sabar sebentar. Saya doakan supaya semuanya selamat bagi rakyat di Serian dan seluruh Sarawak serta beberapa lokasi lain yang turut terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat hari ini.

Anwar turut berharap keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini akan kembali pulih dalam masa terdekat.

Setakat jam 2 petang tadi, Serian merekodkan bacaan IPU 521 menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kuching turut merekodkan bacaan pada tahap berbahaya iaitu 311, manakala Samarahan dan Sri Aman masing-masing mencatatkan bacaan 284 dan 235, kedua-duanya pada tahap sangat tidak sihat.

Sebanyak 11 lokasi lain pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, termasuk Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Samalaju, Sandakan, Pasir Gudang, Miri dan Segamat.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Bacaan melebihi 500 pula menunjukkan pencemaran pada tahap amat ekstrem dan boleh mencetuskan tindakan kecemasan oleh pihak berkuasa bergantung kepada keadaan.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Berita berkaitan
Surat pembubaran DUN Sarawak dihantar kepada SPR
19 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
October 26, 2026· Politik
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
9 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok