JPN sedia lanjut waktu operasi bagi penggantian MyKad

September 23, 2025 · Isu semasa

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia untuk melanjutkan waktu operasi kaunter bagi menampung permintaan tinggi permohonan penggantian MyKad yang rosak, susulan pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) tidak lama lagi.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan tersebut telah diberikan kepada semua pegawai JPN bagi memastikan urusan orang ramai dapat diselesaikan dengan lancar.

“Saya sudah maklumkan kepada pegawai JPN, jika perlu tambah masa, mereka bersedia berbuat demikian sehingga semua urusan selesai,” jelas Saifuddin dalam sidang media selepas meninjau sendiri keadaan di kaunter ibu pejabat JPN hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan interaksinya dengan orang ramai, proses permohonan berjalan dengan baik meskipun jumlah permohonan menunjukkan peningkatan.

“Sehingga jam 9 pagi, angka giliran sudah mencecah 99, namun masih dianggap munasabah kerana permohonan penggantian MyKad dapat diselesaikan pada hari sama,” ujarnya.

Langkah pengecualian caj RM10 untuk penggantian MyKad rosak yang diumumkan kerajaan bermula hari ini sehingga 7 Oktober ini merupakan inisiatif untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir apabila BUDI95 dilaksanakan pada 30 September ini.

Anggaran kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM714,660.

Saifuddin turut memberi jaminan bahawa stok kad adalah mencukupi.

“JPN bersedia menguruskan peningkatan permohonan tanpa sebarang gangguan,” tegasnya.

Orang ramai yang memerlukan penggantian MyKad boleh berbuat demikian di mana-mana kaunter JPN di seluruh negara.

Berita berkaitan
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
Pindaan SOSMA dijangka dibentang tengah tahun ini
February 9, 2026· Isu semasa
Sukar dakwa dalam kes spa Chow Kit, ada kelompangan undang-undang: Saifuddin Nasution
February 9, 2026· Isu semasa
Bantuan SARA RM100 disalurkan bermula hari ini
February 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
5 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
16 jam lalu · Isu semasa
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok