JPS keluar amaran banjir tiga jajahan di Kelantan sehingga 26 Nov

November 22, 2025 · Isu semasa

Tiga jajahan di Kelantan, iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kota Bharu, dijangka berdepan ancaman banjir monsun berikutan ramalan hujan berterusan bermula semalam hingga 26 November ini.

Amaran ini dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ekoran hujan lebat yang diramalkan melanda lembangan sungai utama di negeri ini.

Menurut JPS, kawasan yang berisiko tinggi termasuk Pasir Mas yang terletak di Lembangan Sungai Kelantan, Pasir Puteh di Lembangan Sungai Semerak, dan Kota Bharu di Lembangan Sungai Kemasin.

Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memantau paras air di lembangan-lembangan sungai terbabit.

“Banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang dijangkakan.

“Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” kata kenyataan JPS

Orang ramai juga disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook PublicInfoBanjir bagi persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.

Amaran ini dikeluarkan sejajar dengan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai hujan berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini.

Semua pihak digesa berwaspada bagi mengurangkan risiko dan memastikan keselamatan penduduk setempat.

Berita berkaitan
Selepas dibatalkan mahkamah, Kelantan bawa semula Enakmen Syariah ke sidang DUN
July 4, 2026· Politik
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
June 15, 2026· Politik
PKR Kelantan teguh sokong Anwar, nafi ada pemimpin sertai parti Rafizi
May 26, 2026· Politik
Polis sudah ambil 65 keterangan kes kontroversi Nik Zawawi hina sahabat Nabi
May 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
2 jam lalu · Isu semasa
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
3 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok