PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan

April 28, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, menyifatkannya sebagai usaha tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan pentadbiran sedia ada.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bercanggah dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat Persekutuan selepas pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, langkah tersebut juga dilihat sebagai cubaan “tebuk atap” yang boleh menggugat kestabilan politik negeri.

“PH menolak keras langkah pengkhianatan ini. Ia bukan sahaja tidak berasas, malah tidak ada kaitan langsung dengan prestasi Menteri Besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan tindakan berkenaan dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat, terutama ketika negara masih berdepan cabaran ekonomi global dan tekanan kos sara hidup.

Katanya, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi serta membantu rakyat, bukannya mencetuskan ketidaktentuan politik.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata PH akan terus menyokong pentadbiran negeri yang diterajui Aminuddin Harun dan memastikan kerajaan negeri kekal stabil.

“Pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa dan kami komited memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” ujarnya.

Beliau juga menambah pimpinan PH menghormati institusi diraja dan akan terus mempertahankan peranan Raja-Raja Melayu dalam memastikan kestabilan politik negara.

Kemelut politik di Negeri Sembilan tercetus apabila kesemua 14 ADUN UMNO mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Aminuddin.

Langkah itu mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan perubahan kerajaan negeri melalui sokongan baharu.

Bagaimanapun, Aminuddin memaklumkan mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu· Politik
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
10 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Sidang khas DUN Selangor fokus pakej bantuan, bukan PRN: Amirudin
June 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok