Penubuhan majlis ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan dalam memperbaiki pengurusan bencana.
Keadaan banjir di Sabah menunjukkan pemulihan ketara pagi ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan menurun secara mendadak, manakala mangsa di Beaufort dan Sipitang sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, hanya pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Penampang, Papar, dan Membakut masih beroperasi pada hari ini.
Jumlah keseluruhan mangsa yang masih berlindung telah berkurangan kepada 1,476 orang daripada 459 keluarga, berbanding 2,256 orang daripada 710 keluarga yang dilaporkan petang semalam.
Daerah Membakut mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 738 orang, diikuti oleh Penampang dengan 493 mangsa, dan Papar menempatkan 245 mangsa.
Bilangan kampung yang terjejas juga menurun kepada hanya 53 buah berbanding 120 buah pada petang kelmarin.
“Sebanyak 53 kampung masih terjejas pada pagi ini berbanding 120 kampung pada petang semalam dengan Penampang (24 kampung), Papar (20) dan Membakut (sembilan),” menurut JPBN.
Sementara itu, di Sarawak, seramai 13 orang daripada tiga keluarga masih berada di PPS Dewan Suarah Marudi setakat jam 9 pagi tadi.
Walaupun paras sungai di beberapa stesen utama di Miri dan Limbang menunjukkan sedikit penurunan, ia masih berada pada paras bahaya.
Pemulihan ini disumbangkan oleh cuaca baik yang dialami di kebanyakan kawasan yang terjejas.
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar