Kedah tegas tuntut hak ke atas Pulau Pinang, takkan berganjak: Sanusi

November 22, 2025 · Politik

Kerajaan Negeri Kedah sedang menunggu pasukan peguamnya menyempurnakan proses teknikal berhubung tuntutan terhadap Pulau Pinang, termasuk meneliti semua dokumen dan menentukan bentuk ‘relief’ atau tuntutan yang munasabah.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, menjelaskan pasukan guaman itu akan mengemukakan cadangan tuntutan selepas segala dokumen dan bahan berkaitan dikaji secara menyeluruh.

“Peguam akan cari ‘relief’ atau tuntutan yang munasabah berdasarkan dokumen dan kajian undang-undang. Apa bentuk tuntutan itu, mereka nanti akan cadangkan kepada kita,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghormatan dan Penghargaan Kepada Pelajar Lepasan Pondok Negeri Kedah 2024 di UniSHAMS, Kuala Ketil, hari ini.

Sanusi menegaskan perjuangan menuntut hak negeri Kedah tidak akan terhenti biarpun masa berlalu ratusan tahun, kerana ia melibatkan legasi nenek moyang dan amanah kepada generasi kini.

Beliau menyentuh kenyataan Exco Pulau Pinang yang mendakwa mengungkit isu 200 tahun lalu dengan menegaskan hak mesti dipertahankan dengan apa jua cara sekali pun.

“Kalau 1,000 tahun pun saya akan ungkit juga. Hak kita, hak anak cucu kita. Pemimpin dulu mengharap anak cucunya pertahankan apa yang menjadi hak sekarang dan kini anak cucu itu bangkit,” ujarnya.

Menurutnya, pihak yang mendakwa sengaja membangkitkan isu lampau mungkin tidak memahami akar perjuangan Kedah.

“Akar perjuangan itu tak ada dalam sanubari mereka. Perdu mereka mungkin di tempat lain, di sini hanya cari makan. Perjuangan berdasarkan legasi generasi terdahulu itu tiada pada mereka. Saya ada, itu beza saya dengan mereka,” tegasnya.

Sebelum ini, Exco Pulau Pinang, Wong Hon Wai, menyifatkan tindakan undang-undang Kedah itu sebagai mengungkit perkara lama dan menegaskan kedaulatan Pulau Pinang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan ini merupakan kesinambungan daripada tuntutan royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta yang didakwa tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
Lantik MB baharu jika kemelut Negeri Sembilan berlarutan: Peguam
October 21, 2026· Politik
Isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar, PKR desak Ismail beri penjelasan
October 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
October 25, 2026 · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
3 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
8 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
8 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok