Keputusan AS tidak ubah pendirian Malaysia, kekal buru Jho Low: PMX

July 3, 2026 · Politik

Malaysia tidak akan mengubah pendiriannya terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, walaupun Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mempertimbangkan kemungkinan memberikan pengampunan kepada individu terbabit.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendirian kerajaan kekal berasaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan sebarang keputusan dibuat oleh AS tidak akan menjejaskan tindakan Malaysia.

“Malaysia, pendirian Malaysia jelas, kita ikut jalur hukum.

“Itu soal keputusan negara Amerika Syarikat, urusan mereka. Namun, pendirian kita tidak terpengaruh, terganggu atau tergugat oleh keputusan AS,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena hari ini.

Laporan media antarabangsa semalam menyebut Jho Low antara kira-kira 250 individu yang mungkin dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Presiden AS, Donald Trump, sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu pada 4 Julai.

Jho Low merupakan antara individu utama yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menyaksikan dana berbilion ringgit didakwa diselewengkan melalui rangkaian transaksi antarabangsa.

Malaysia sebelum ini berulang kali menegaskan usaha membawa pulang Jho Low untuk menghadapi proses undang-undang akan diteruskan, selain mempergiat kerjasama dengan pihak berkuasa luar negara bagi mengesan aset yang dikaitkan dengan kes itu.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata sumbangan RM1 juta daripada kerajaan dan rakyat AS bagi projek restorasi Tugu Negara akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu depan.

Semalam, Kuasa Usaha Kedutaan AS, David H. Gamble Jr, mengumumkan sumbangan itu sebagai hadiah sempena sambutan ulang tahun ke-70 Hari Kebangsaan Malaysia tahun depan.

Menurut Anwar, kerajaan akan meneliti bentuk pelaksanaan projek tersebut sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Tugu Negara yang terletak di ibu negara merupakan antara mercu tanda penting negara bagi memperingati jasa anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan tanah air.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
8 jam lalu· Politik
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
7 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
14 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
16 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
16 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok