Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Marzuki Mohamad (Kiri).
Tindakan Muhyiddin Yassin, menolak cadangan membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) merupakan sebagai satu keputusan yang tepat.
Bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin, Dr. Marzuki Mohamad, berkata keputusan itu diambil berlandaskan prinsip parti untuk tidak bekerjasama dengan DAP.
Beliau turut mengingatkanPresiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang turut hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, juga berkongsi dasar yang sama menolak pakatan kerajaan dengan DAP.
“Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh Muhyiddin adalah salah, sudah tentu PN akan kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri 2023.
“Tetapi faktanya tidak, PN menang besar di empat negeri dan hampir menang di Selangor, kubu kuat PH,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang sebelum ini mendakwa keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa oleh Muhyiddin.
Menurut Marzuki, kejayaan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membuktikan sokongan padu pengundi, terutamanya penyokong Melayu yang beralih daripada UMNO.
“Melihat kepada apa yang berlaku terhadap UMNO, penolakan cadangan membentuk kerajaan dengan DAP merupakan suatu ijtihad politik yang betul,” tegasnya.
Beliau seterusnya mengkritik mereka yang sanggup melanggar prinsip parti semata-mata untuk memegang kuasa.
“Kerjasama dengan DAP pun boleh, langgar dasar parti pun boleh, asalkan jadi kerajaan. Bagi mereka, kuasa adalah segala-galanya, ‘by hook or by crook’, mesti dapatkan kuasa,” katanya.
Marzuki turut menyentuh khabar angin yang mendakwa terdapat syarat untuk ‘merehatkan’ presiden Bersatu sebagai pra-syarat untuk menyertai kerajaan.
“Mereka berkehendakkan kuasa dan ia mesti berlaku sekarang. Buatlah apa cara sekalipun asalkan dapat kuasa,” katanya.
Namun, beliau mengingatkan a gelojoh untuk berkuasa mungkin membutakan mereka terhadap realiti politik semasa.
“Kerajaan yang ada hari ini pun tidak popular dan berkemungkinan kalah dalam pilihan raya. Jadi, janganlah gelojoh sangat,” ujarnya.
Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti
Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar
Pemberhentian peruntukan Parlimen: Rayuan semakan kehakiman Syed Saddiq ditolak
Kes hasutan: Papagomo dibebaskan selepas direman sehari
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa