Tinjauan terbaharu Merdeka Center mendapati Perdana Menteri, Anwar berjaya mendapat sokongan rakyat.
Merdeka Center tidak menolak kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berpeluang cerah untuk memerintah sepenggal lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Pengarah Program badan pemantau bebas itu, Ibrahim Suffian berkata setakat ini gabungan parti dalam kerajaan perpaduan berjaya membentuk kestabilan dan mempunyai kelebihan untuk kekal menerajui tampuk pemerintahan jika tiada sebarang konflik sesama mereka.
“Walaupun tiada parti mampu meraih majoriti mutlak ketika ini, formula kerajaan campuran iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), serta parti dari Sabah dan Sarawak dilihat membentuk konfigurasi stabil,” ujar Ibrahim dipetik laporan AWANI.
Jelasnya lagi, segmen bawah umur 30 tahun menunjukkan kadar sokongan lebih tinggi terhadap Anwar, sekitar 60 peratus berbanding golongan pertengahan berumur antara 30 hingga 50 tahun.
“Generasi muda diperhatikan ada kecenderungan terhadap kestabilan kerajaan, mereka mahu melihat usaha menjana pelaburan serta pertumbuhan ekonomi yang akan memberi kesan positif dalam jangka panjang.
“Namun golongan sedang bekerja masih berdepan tekanan kos sara hidup tinggi, selain kadar kenaikan pendapatan dilihat tidak mencukupi, menyebabkan timbul persepsi Kerajaan belum cukup berkesan membantu rakyat.
“Ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tidak miskin tetapi juga tidak kaya. Pengaruh media sosial mengenai definisi kejayaan turut menambah tekanan, mengakibatan kekecewaan kerana gagal mencapai impian alam maya itu,” kata Ibrahim.
Tambahnya lagi, isu ekonomi kekal fokus rakyat sejak dua dekad lalu dan dijangka menjadi faktor penentu sokongan terhadap pentadbiran Madani.
“Era pandemik Covid-19 masih menghantui rakyat dan perniagaan di seluruh negara.
“Kerajaan sedang bersungguh memulihkan ekonomi dan meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa, namun impak itu memerlukan masa untuk dirasai oleh rakyat sepenuhnya,” ujarnya.
Pada Isnin, pusat kajian bebas, Merdeka Centre mengeluarkan kenyataan yang merumuskan 55 peratus pengundi masih mempercayai Anwar.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang