Kerajaan hormati suara rakyat Sabah: Anwar

November 30, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim mengakui dan menghormati tuntutan rakyat Sabah yang mahukan perubahan selepas negeri Borneo tersebut lama diabaikan.

Komen Perdana Menteri dibuat susulan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah semalam yang menyaksikan gabungan kerajaan persekutuan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), mengalami kekalahan besar.

Anwar berkata, kerajaan pimpinannya memahami mesej tegas dan jelas yang disampaikan oleh pengundi Sabah.

“Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi,”kata Anwar yang juga Pengerusi PH menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI konsisten dengan komitmen untuk melaksanakan pembaharuan, terutamanya dalam memartabatkan hak dan kepentingan Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dalam tiga tahun lalu, kami berusaha merungkai setiap isu diwarisi, termasuk soal tuntutan dan hak menyentuh kepentingan Sabah. Dalam tempoh singkat ini, beberapa kemajuan yang nyata telah dicapai berkaitan MA63,” jelas Anwar.

“Kerajaan Madani juga akan terus konsisten di jalur pembaharuan itu sebagai usaha dan upaya kita melahirkan sebuah Sabah yang adil, saksama, makmur dan tidak lagi dipinggirkan,” tambahnya lagi.

Keputusan PRN menyaksikan PH hanya memenangi satu daripada 22 kerusi yang ditandingi, manakala BN pula hanya menang enam kerusi.

DAP tewas sepenuhnya, menjadikannya kali pertama parti itu tidak mempunyai wakil langsung dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

PKR juga kehilangan dua kerusi tradisinya iaitu DUN Api-Api dan Inanam. Satu-satunya wakil PKR yang menang ialah Jamawi Jaafar di kerusi DUN Melalap.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
BRICS buka pasaran besar untuk Malaysia: KP JKOM
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok