Kerajaan kaji semula subsidi gula untuk elak pembaziran: Fuziah

November 6, 2025 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiapkan kertas cadangan bagi melaksanakan pemberian insentif gula secara bersasar, bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran yang betul.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, mengesahkan perkara itu dan berkata kertas tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibawa ke peringkat Kabinet untuk kelulusan.

“Ada insentif gula… dan pihak KPDN sedang menyiapkan kertas untuk MJM. Ia belum lulus lagi dan kami sedang menyiapkan beberapa cadangan, termasuk bagaimana hendak mengurangkannya,” jelas beliau ketika berucap pada majlis perasmian KBBM di Lotus Setia Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci cadangan tersebut buat masa ini.

Langkah ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, baru-baru ini yang menyatakan kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran subsidi bagi barangan keperluan utama seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat.

Fuziah turut menekankan kerajaan komited untuk memastikan sebarang bentuk bantuan tidak membebankan rakyat dan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, mengenai mekanisme minyak masak bersubsidi, Fuziah memaklumkan kuota 60,000 tan metrik sebulan masih dikekalkan.

Beliau menegaskan, penggunaan aplikasi eCOSS akan terus diperkukuh bagi memantau pengedaran minyak masak dan mengelakkan ketirisan.

“Rakyat boleh imbaskan kod QR melalui aplikasi itu untuk membeli minyak masak. Ini bagi memastikan bantuan ini tidak disalahgunakan oleh individu yang tidak layak,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu· Isu semasa
Reformasi ekonomi tak popular, tapi perlu untuk masa depan: Amir Hamzah
August 18, 2026· Isu semasa
Kekal kerajaan atau jadi backbencher, DAP buat pilihan hari ini
August 16, 2026· Politik
PKR beri ruang Nurul Izzah sambung pengajian, tiada had masa: Fuziah
August 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok