Reformasi ekonomi tak popular, tapi perlu untuk masa depan: Amir Hamzah

August 18, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengakui usaha melakukan reformasi ekonomi tidak semestinya mendapat sambutan popular, namun langkah itu perlu diteruskan bagi memastikan manfaat jangka panjang dapat dinikmati negara dan rakyat.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, beberapa dasar yang dilaksanakan kerajaan termasuk penyasaran subsidi elektrik sejak 2023, peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pelaksanaan sistem e-Invois secara berperingkat.

“Sering kali dasar yang diperkenalkan tidak popular, tetapi perlu dilaksanakan kerana manfaat jangka panjang yang lebih besar kepada negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.

Menurutnya, penyasaran subsidi elektrik yang ditambah baik secara berfasa tidak menjejaskan majoriti pengguna apabila 85 peratus pengguna domestik masih dilindungi.

Langkah itu turut membantu memastikan sektor tenaga lebih mampan, manakala peluasan SST pula memberi kesan positif kepada usaha mengukuhkan hasil negara tanpa menjejaskan kuasa beli pasaran domestik.

Amir Hamzah berkata, pelaksanaan e-Invois pula menjadi antara instrumen penting untuk meningkatkan ketelusan ekosistem perniagaan serta mengurangkan saiz ekonomi bayangan.

“E-Invois bukan bertujuan membebankan, sebaliknya membantu mengecilkan saiz ekonomi bayangan, meningkatkan kecekapan taksiran serta mempercepatkan tadbir urus percukaian domestik,” katanya.

Dalam perkembangan ekonomi, beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026 dan enam peratus pada suku kedua, menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun ini sebanyak 5.7 peratus.

Prestasi itu mengatasi unjuran pertumbuhan KDNK 2026 Bank Negara Malaysia antara empat hingga lima peratus, sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara dalam berdepan ketidaktentuan global.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia daripada 4.3 peratus pada Januari kepada 4.7 peratus pada April dan mengekalkan unjuran itu dalam laporan Julai.

Katanya, jumlah pelaburan diluluskan pada 2025 mencatat rekod tertinggi RM431.1 bilion, meningkat 11 peratus, manakala pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2026 berjumlah RM92.8 bilion.

Bagaimanapun, Amir Hamzah menegaskan prestasi ekonomi tidak membawa makna besar jika rakyat masih berdepan tekanan kos sara hidup.

Beliau berkata kerajaan terus memperkukuh bantuan bersasar termasuk meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM10 bilion pada 2024 kepada RM15 bilion.

Kerajaan turut memperluas Program Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Selain itu, penyasaran subsidi diesel melalui BUDI MADANI Diesel membolehkan rakyat Malaysia yang layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter dengan had asas sehingga 200 liter sebulan.

Berita berkaitan
Anwar-Putin bincang peluang ekonomi, perkukuh hubungan
September 12, 2026· Isu semasa
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
September 11, 2026· Politik
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
September 11, 2026· Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
September 10, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026 · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
September 14, 2026 · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
3 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok