Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg isu saham Azam Baki

March 31, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menafikan laporan sebuah media antarabangsa yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan dalam siasatan berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan tindakan lanjut akan diambil terhadap laporan berkenaan.

Menurut beliau, Jabatan Peguam Negara akan meneliti perkara itu bagi menentukan langkah sewajarnya.

“Selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu, prosiding sudah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan proses siasatan sedang berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan dan memerlukan pematuhan kepada tatacara tertentu.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini, laporan Bloomberg memetik sumber yang mendakwa Anwar meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan berkaitan isu tersebut.

Dakwaan itu mencetuskan perhatian ramai memandangkan ia melibatkan integriti kepimpinan tertinggi agensi antirasuah negara.

Untuk rekod, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan dengan Azam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Peguam Negara dan bertanggungjawab meneliti segala aspek berkaitan dakwaan berkenaan.

Laporan siasatan tersebut telah dikemukakan kepada pihak berkaitan, termasuk Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang dijangka mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hasil penemuan itu.

Isu ini timbul susulan laporan media asing yang mendakwa Azam memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Dakwaan itu sebelum ini turut menjadi perdebatan umum mengenai ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

Kerajaan bagaimanapun menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara telus dan mengikut undang-undang tanpa sebarang campur tangan.

Berita berkaitan
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
3 jam lalu· Politik
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
October 22, 2026· Isu semasa
SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran
October 21, 2026· Isu semasa
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
3 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
3 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
3 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok