Kerajaan tolak tayangan drama ‘Madu atau Racun’, bercanggah ajaran Islam

September 2, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menolak penayangan drama ‘Madu atau Racun’ susulan kandungannya didakwa menimbulkan keresahan dan kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya kesal dengan penerapan elemen yang menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Menurutnya, kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya ketimuran perlu dibendung bagi memastikan pegangan akidah serta nilai moral masyarakat, terutama golongan muda, terus terpelihara.

“Penerapan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung, agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, ajaran Islam memberi penekanan terhadap pemeliharaan institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama.

Katanya, pemaparan gaya hidup yang dianggap bertentangan dengan nilai tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan melalui karya hiburan yang ditonton masyarakat.

Susulan kontroversi itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyemak kandungan drama berkenaan serta mengambil tindakan susulan mengikut peraturan ditetapkan.

Semakan itu akan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015), selain peruntukan undang-undang sedia ada.

Zulkifli berkata, langkah itu penting bagi memastikan kandungan media yang disiarkan tidak menjejaskan kesucian agama serta keharmonian masyarakat.

Dalam masa sama, beliau menggesa penggiat seni, penerbit dan stesen penyiaran lebih peka terhadap sensitiviti agama dan budaya ketika menghasilkan sesuatu karya.

“Industri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejaskan keharmonian norma masyarakat,” katanya.

Isu kandungan drama yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai masyarakat sebelum ini turut mencetuskan perdebatan mengenai tanggungjawab penerbit serta platform penyiaran dalam memastikan bahan hiburan mematuhi garis panduan ditetapkan.

Zulkifli turut menyeru umat Islam bersama-sama mempertahankan kesucian agama dan akhlak dengan penuh ketaatan serta kebijaksanaan.

Berita berkaitan
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
October 25, 2026· Politik
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026· Isu semasa
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
October 10, 2026· Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
October 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
6 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
15 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok