Berita palsu.
Kerajaan sedang membangunkan kerangka undang-undang dan dasar baharu bagi menangani ancaman maklumat salah dan disinformasi yang semakin membimbangkan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberi amaran bahawa isu ini berpotensi mengancam keharmonian sosial dan keselamatan negara jika tidak dikawal.
Antara langkah tersebut termasuk memperkukuh Akta Anti Berita Tidak Benar, mewujudkan garis panduan etika untuk penjejak media sosial, serta merangka kerangka etika penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan teknologi tidak disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu.
Beliau menekankan pendidikan celik media dan digital perlu diserap dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal.
“Generasi muda kita perlu dilengkapi bukan sahaja dengan kemahiran teknikal untuk menggunakan teknologi, tetapi juga dengan kebijaksanaan untuk menilai kredibiliti, memahami bias media, dan menjadi pengguna serta pencipta kandungan yang bertanggungjawab,” ujarnya semasa ucapan perasmian Persidangan Media dan Komunikasi Antarabangsa 2025 hari ini.
Teks ucapan Fahmi dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa.
Fahmi juga menyeru komunikasi antara budaya dalam masyarakat majmuk Malaysia perlu dilaksanakan dengan penuh sensitiviti dan inklusif.
Media, katanya, harus berperanan sebagai jambatan yang menyatukan, bukan tembok yang memisahkan.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.
“Data menunjukkan satu dalam tiga remaja Malaysia mengalami tahap kemurungan dan keresahan yang membimbangkan.
“Platform media dan komunikasi perlu digunakan untuk menormalkan perbincangan tentang kesihatan mental dan menawarkan sokongan yang diperlukan,” jelasnya.
Fahmi turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara kerajaan, akademik, industri media dan masyarakat sivil bagi membentuk dasar komunikasi yang holistik dan berkesan.
“Pendekatan seluruh bangsa ini akan memastikan transformasi media dan komunikasi selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” tambahnya.
Mengulas laporan Ipsos Digital 2025, beliau mendedahkan rakyat Malaysia menghabiskan purata lapan jam sehari dalam talian, menjadikan negara antara pengguna internet paling aktif di rantau ini.
Tahun lepas, kementeriannya menerima lebih 15,000 aduan berkaitan kandungan berbahaya, berita palsu dan jenayah siber.
“Ini jelas menunjukkan bahawa celik media dan komunikasi bertanggungjawab bukan lagi satu pilihan – ia adalah kemestian untuk kelangsungan dan ketahanan masyarakat digital kita,” tegas Fahmi.
Cukai ‘maha jutawan’ perlu dikenakan sekarang, gesa Hassan Karim
Najib tidak pernah arah pindah wang RM2.08 bilion ke akaun sendiri, kata pembelaan
Mesyuarat dua hala Anwar dengan PM China bincang kerjasama perdagangan, kestabilan serantau
Perjanjian dimerterai semasa sidang ASEAN bukan sekadar atas kertas: PMX
Usahawan hartanah mengaku tidak bersalah dalam kes gaduh yang tular
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa