Kerani di Johor rugi lebih RM500,000 ditipu janji pelaburan palsu

September 14, 2025 · Isu semasa

Seorang kerani akaun wanita berusia 46 tahun mengalami kerugian besar berjumlah RM527,681.17 selepas diperdaya oleh sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan tinggi.

Mangsa yang berhasrat untuk menambah pendapatan, mula-mula menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 12 Jun lepas.

Lelaki itu menawarkan pelaburan dalam permainan pertaruhan dengan jaminan keuntungan sehingga lima peratus.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya mendaftar melalui pautan yang diberikan dan melakukan pindahan wang pertama sebanyak RM10,000.

Selepas ‘berjaya’ mengeluarkan keuntungan RM1,000, mangsa terus yakin dan melakukan lebih banyak pindahan wang.

“Dalam tempoh antara 14 Julai hingga 4 September, mangsa telah melakukan beberapa transaksi ke sembilan akaun bank berbeza, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM527,681.17. Mangsa hanya tersedar telah ditipu setelah suspek terus meminta lebih banyak bayaran untuk membenarkan pengeluaran keuntungan,” jelas ACP Raub dalam kenyataannya.

Beliau mendedahkan siasatan awal mendapati semua wang yang hilang adalah daripada simpanan peribadi mangsa.

“Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk mendapatkan butiran akaun bank yang terlibat dan bekerjasama dengan pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mengesan suspek. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

ACP Raub turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

“Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. Sentiasa semak sebarang akaun mencurigakan di portal Semak Mule (https://semakmule.rmp.gov.my) dan laporkan sebarang aktiviti penipuan kepada National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Puad: Saya tetap ada hak kritik UMNO
September 1, 2026· Politik
Amanah Johor bidas Sanusi amal politik maki hamun, persoal PAS berdiam diri
August 30, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok