Kes Ismail Sabri: AGC teliti kertas dokumen SPRM sebelum putuskan pendakwaan

September 15, 2025 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan sudah menerima laporan penuh siasatan berhubung kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Politiknya, Anuar Mohd Yunus, pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan AGC, pihaknya kini akan meneliti dokumen tersebut secara menyeluruh dari segala aspek, termasuk aspek keterangan dan elemen pembuktian kes, sebelum sebarang keputusan berhubung pendakwaan jenayah dapat dibuat.

AGC turut menjelaskan tindakan pelucuthakan harta yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap wang tunai yang dikaitkan dengan kes itu adalah berasingan daripada proses pertuduhan jenayah.

Tindakan pelucuthakan itu telah dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Jabatan ini menegaskan bahawa siasatan dan proses pelucuthakan harta dan pertuduhan jenayah merupakan dua aspek yang berbeza,” menurut kenyataan AGC itu.

“Sebarang keputusan berkaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian laporan penuh siasatan tersebut selesai. Jabatan ini kekal komited untuk memastikan setiap keputusan dibuat secara bebas, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang,” tambah kenyataan tersebut.

Berkaitan dengan kes ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ini mengumumkan wang tunai berjumlah hampir RM170 juta yang disita dan dipercayai milik Ismail Sabri telah secara rasmi menjadi hak kerajaan setelah beliau tidak mencabar permohonan pelucuthakan tersebut.

Wang berkenaan dilaporkan telah dimasukkan ke dalam akaun kerajaan.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu· Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu· Politik
AGC teliti bukti kes tular Ketua Pengarah AKPS: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok