Kes Muhyiddin: AGC tidak mahu risiko jejaskan pertuduhan lain

September 15, 2026 · Politik

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan beberapa pertuduhan terhadap Muhyiddin Yassin selepas menilai secara menyeluruh kekuatan keterangan, keboleh-buktian serta kesan keputusan itu terhadap pertuduhan lain yang masih dihadapi bekas Perdana Menteri berkenaan.

Dalam kenyataan malam ini, AGC menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian profesional dan mengambil kira kepentingan keseluruhan pendakwaan, termasuk risiko litigasi yang boleh menjejaskan strategi serta pembuktian bagi kes lain.

“Pihak pendakwaan perlu menilai kepentingan keseluruhan kes dan bukannya mempertahankan pertuduhan secara terasing.

“Tugas pendakwa raya bukan untuk mempertahankan sesuatu pertuduhan pada apa jua keadaan, tetapi memastikan hanya pertuduhan yang mempunyai asas keterangan mencukupi dan boleh dipertahankan di mahkamah diteruskan,” menurut kenyataan itu.

AGC turut menegaskan keputusan tidak meneruskan pertuduhan berkenaan bukan bermaksud pertuduhan tersebut sebelum ini dibuat tanpa asas.

Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan juga tidak boleh ditafsirkan sebagai dapatan bahawa transaksi yang menjadi subjek siasatan tidak berlaku.

Sebaliknya, AGC berkata keputusan pendakwaan boleh dan perlu dinilai semula berdasarkan keseluruhan keterangan, kebolehterimaan bahan bukti, kredibiliti saksi serta implikasinya terhadap prosiding lain.

“Setelah mengambil kira keseluruhan faktor tersebut, Jabatan ini berpendirian bahawa meneruskan pertuduhan-pertuduhan tersebut bukan lagi suatu langkah pendakwaan yang wajar dan berhemat,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak menamatkan keseluruhan prosiding jenayah terhadap Muhyiddin.

AGC mengesahkan pendakwaan terhadap tiga lagi pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) masih diteruskan.

Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Perkembangan itu menjelaskan pendirian AGC dalam membuat keputusan pendakwaan, khususnya apabila sesuatu pertuduhan mempunyai kaitan dengan pertuduhan lain dalam kes sama.

AGC turut menekankan setiap keputusan pendakwaan perlu dibuat berdasarkan undang-undang keterangan dan kepentingan pentadbiran keadilan, bukan semata-mata untuk mengekalkan sesuatu pertuduhan.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
4 jam lalu· Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
September 21, 2026· Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026· Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
2 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
4 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
4 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
4 jam lalu · Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok