Kes rasuah Felcra: Bung Moktar dan Zizie Izette akan bela diri esok

September 1, 2025 · Politik

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan esok untuk mendengar keterangan bela diri pemimpin UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad yang menghadapi tiga pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM2.8 juta.

Proses pembelaan itu akan berlangsung di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 2 hingga 4 September dan disambung semula pada 24 hingga 26 September ini.

Prosiding yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan berikutan peguam pasangan terbabit, K. Kumaraendran, tidak sihat dan masih menerima rawatan.

Menurut peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette, penangguhan itu berlaku ekoran keadaan kesihatan Kumaraendran yang didapati mempunyai cecair dalam paru-parunya.

Pada 22 Mei lalu, Bung Moktar dan Zizie Izette gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan yang memerintahkan mereka membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan rasuah tersebut.

Keputusan itu mengukuhkan perintah yang dikeluarkan oleh panel rayuan pada 18 November tahun lalu, yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan kedua-dua mereka pada 7 September 2023.

Sebelum ini, pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.

Bung Moktar yang berusia 65 tahun dan merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad pada masa itu, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melaburkan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau juga didakwa memperoleh rasuah berjumlah RM337,500 daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, melalui akaun dana unit amanah yang didaftarkan atas nama Zizie Izette.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu · Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
2 jam lalu · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
3 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
3 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok