Kes Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, pihak berkuasa untuk teliti

August 28, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan merujuk surat bekas Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berhubung kes rasuah yang sedang dihadapinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak berkuasa berkaitan untuk penelitian.

Anwar berkata, beliau masih belum menerima surat berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas surat itu sampai kepadanya.

“Ya, itu perkara biasa. Saya sedang menunggu surat itu. Apabila sampai kepada saya, ia bukan urusan saya.

“Saya akan rujuk kepada SPRM atau kementerian berkaitan untuk mereka teliti,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang hari ini.

Anwar pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan tanpa membuat sebarang kesimpulan sebelum kes berkenaan diputuskan mahkamah.

“Kita mesti beri ruang kepada siasatan diteruskan, begitu juga pendakwaan dan prosesnya, dan jangan membuat sebarang kenyataan kerana perkara itu belum pasti sehingga diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Saravanan menyifatkan tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta yang dihadapinya sebagai tuduhan liar dan menegaskan beliau tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau turut dilaporkan menulis surat kepada Anwar bagi memohon bantuan untuk meneliti serta mempercepatkan proses kes itu, namun menegaskan permintaannya bukan untuk Perdana Menteri campur tangan dalam urusan SPRM.

“Saya bukan minta Perdana Menteri mengawal SPRM. Saya minta beliau membantu meneliti kes ini kerana saya memang tidak terbabit langsung,” katanya.

Saravanan juga mahu kes berkenaan dipercepatkan dan dibicarakan dalam tempoh terdekat, terutama kerana statusnya sebagai wakil rakyat dan Timbalan Presiden MIC.

Perkembangan itu susulan Saravanan didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta berkaitan kuota pekerja asing. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Kes itu kini melalui proses perundangan dan sebarang keputusan mengenai kesalahan atau pembebasan Saravanan hanya akan ditentukan mahkamah.

Berita berkaitan
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
2 jam lalu· Politik
PM lulus RM4.6 juta naik taraf institusi Islam Pulau Pinang
2 jam lalu· Isu semasa
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
7 jam lalu· Politik
‘Maki saya pasal apa?’ Anwar nafi sokong judi, malah sudah dikurangkan
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
2 jam lalu · Politik
UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf
7 jam lalu · Politik
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
7 jam lalu · Politik
Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu ‘doa pecah perut’ dibuat Sanusi
21 jam lalu · Politik
Pintu damai PAS-Bersatu sudah tertutup: Hadi
August 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok